Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

Menurut Najib, yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, persiapan rapi telah dan sedang dibuat oleh Umno serta parti-parti komponen BN dan beliau yakin gabungan jentera yang kuat itu mampu mempertahankan Putrajaya.

“Pilihan raya boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan. Tahun ini boleh menang, tahun depan pun boleh menang. Kita sudah asah keris,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Bagaimanapun Najib mengingatkan pemimpin dan jentera BN agar tidak terlalu memikirkan bila atau siapa yang bakal terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum itu nanti, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk menawan hati pengundi.

Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu yakin dan berlagak walaupun BN mempunyai kekuatan sendiri berbanding pembangkang, termasuk memenangi pilihan raya Negeri Sarawak dengan majoriti lebih besar serta menang tiga pilihan raya kecil iaitu di Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Tanjong Datu. – Sumber: Bernama | Foto ihsan Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya

Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan berbicara kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu:

Orang tua yang berbuat zina, raja (pemerintah) yang pendusta, dan orang miskin yang sombong takabur. – Hadis Ibnu Abu Hatim, Ibnu Murdawaih.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

KLIK BACADari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula?

KLIK BACA: Ezam saman Najib AS$3.66 bilion

KLIK BACA: Larangan kutip derma semasa khutbah Jumaat, Mufti Wilayah patut letak jawatan, kata Zamihan

KLIK BACATerjawab sikap pelik PAS pada 2013 jika dakwaan Rafizi benar, kata AMANAH

KLIK BACAZahid tak mungkin berani melawan, dipencenkan diminta tidak bertanding pun akan diam – Shahbudin

KLIK BACA: Cerita lawak Koboi dan Tuan Puteri

KLIK BACA: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Tolong Komen & Share