Gara-gara memeras ugut kenalan wanita kerana mahu menuntut hutangnya, seorang bekas anggota polis didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamzuri Ainul Musli, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan pemerasan dengan mengambil wang tunai RM1,000 daripada Lum Nyoi, 23, seorang pelayan bar warganegara Myanmar.

Zamzuri yang kini bekerja sebagai pemandu Grabcar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Jalan Tengkat Tong Shin di sini pada jam 4 pagi 7 Ogos 2016 mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan dia penanggung utama keluarganya iaitu isteri, empat anak dan bapa yang sudah tua.

Tertuduh turut memberitahu dia menyesal dengan perbuatan agresifnya yang memeras ugut hanya kerana mahu mendapatkan semula duitnya daripada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – Bernama | Foto FMT

KLIK BACAPRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACADari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula?

KLIK BACA: Ezam saman Najib AS$3.66 bilion

KLIK BACA: Larangan kutip derma semasa khutbah Jumaat, Mufti Wilayah patut letak jawatan, kata Zamihan

KLIK BACATerjawab sikap pelik PAS pada 2013 jika dakwaan Rafizi benar, kata AMANAH

KLIK BACAZahid tak mungkin berani melawan, dipencenkan diminta tidak bertanding pun akan diam – Shahbudin

KLIK BACA: Cerita lawak Koboi dan Tuan Puteri

Tolong Komen & Share