Masyarakat yang memiliki budaya tinggi harus menghormati orang yang lebih tua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Apa pengertian budaya tinggi? Masyarakat yang tidak mengamalkan budaya tinggi, sikap dan sifat seperti tidak menghormati golongan yang lebih tua..

“Walaupun yang tua itu mulut jangan terlalu celupar..,” [minit 2:25] kata Najib ketika berucap di Kongres Kebudayaan 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Ucapan Najib itu disambut deraian ketawa dan tepukan dari orang ramai.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi pengkritik Najib sejak 2015.

Tokoh berusia 91 tahun itu keluar dari Umno tahun lepas dan membentuk sebuah parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama beberapa bekas pemimpin Umno lain. – Sumber: Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya Melayu berhati-hatilah dengan sastera mengkagumkan!

Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan berbicara kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu:

Orang tua yang berbuat zina, raja (pemerintah) yang pendusta, dan orang miskin yang sombong takabur. – Hadis Ibnu Abu Hatim, Ibnu Murdawaih.

Moga Allah memberi kerajaan ini kepada orang lain atau kekal milik kamu yg menjadi istidraj yg lebih besar kecewa dan kehinaannya di akhirat.

Firman Allah: Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya). – (Ibrahim 14:15) #anaghoib

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB | Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

KLIK BACA: Jemaah umrah, imam terima gambar lucah daripada telefon Ku Nan

KLIK BACADr Mahathir: BERSATU tak terima dana, penderma bimbang disiasat LHDN

KLIK BACA: Rafizi saman Raja Petra bawa balik Malaysia hadapi perbicaraan

KLIK BACAShahbudin buktikan Hadi salah suruh pilih Pas atau Umno

KLIK BACA: Pelantikan Hisham – Najib bimbang hadapi PRU14

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Tolong Komen & Share