Foto Kedah News

Bagi umat Islam yang lain tentunya rasa syahdu dan sayu apabila mendengar alunan azan, tapi lain pula pendapat aktivis bebas ini yang meletakkan syarat untuk laungan azan tersebut.

Menerusi akaun Twitternya @ladymissazira, Azira Aziz melontarkan pandangannya supaya masjid atau surau yang berada dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan lima kali sehari.

Azira Aziz turut berpendapat bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.

Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah dan menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.

“Sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi,” tulisnya lapor portal myNewsHub.

Pandangan aktivis bebas itu susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.

Kenyataannya itu menjadi viral di Twitter dan rata-rata netizen berasa marah dan menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal.


Nota Ana Ghoib: Tak baik dan tidak benar terus gopoh tergesa-gesa menuduh melabel dengan mudah orang itu dan ini Murtad atau Liberal Islam.

Agama itu nasihat dan mungkin dia belum faham maka perlu diusahakan memberi pesan yang semoga bermanfaat.

Kepada Azira Aziz ‘damai’ tak perlu minta kebenaran tapi rundingkan baik-baik ini kerana mungkin kamu menganggap pembesar suara AZAN itu terlalu bising tetapi ambil jalan tengah iaitu diperlahankan sedikit tidak terlalu bingit sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Hadis dari Ibnu Abbas r.a. yang menceritakan bahwa pernah ditanyakan kepada Rasulullah Saw:

“Agama apakah yang paling disukai oleh Allah Swt.?

Maka Nabi Saw. menjawab, “Agama yang hanif [lurus] lagi penuh toleransi.” – [HR Imam Ahmad]

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan-penglihatan …

KLIK BACA: Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

KLIK VIDEO: Walau yang tua itu mulut jangan terlalu celupar, kata Najib

KLIK BACA: Tahniahlah Zahid atas kehebatan 1 saranan kena 2 sasaran – Shahbudin Husin

KLIK BACAPRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACA: Jika dari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula? – Shahbudin

KLIK BACA: Ezam saman Najib AS$3.66 bilion

KLIK BACAZahid tak mungkin berani melawan, dipencenkan diminta tidak bertanding pun akan diam – Shahbudin

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Tolong Komen & Share