Hardtalk cerminkan pemikiran Dato Husam Musa setanding Dr Mahathir Mohamad

oleh Mohd Sayuti Omar

Ulasan | Apabila penganjur Hardtalk dengan tema “Malaysia Pasca Najib” anjuran Masyarakat Penyayang Selangor (Ehsan) meletakkan Husam dan Dr Mahathir sebagai penalisnya ia satu usaha yang baik. Saya nampak dalam kes ini pihak penganjur sengaja berbuat demikian untuk menguji cara Husam berfikir. Mungkin juga untuk membuktikan apa yang seseorang telah menilai (menggelar) manusia Husam ini.

Kita tahu Dr Mahathir adalah tokoh, negarawan terbilang yang penuh pengalaman. Jarak beliau dengan Husam semacam anak dengan bapak. Dr Mahathir menjadi PM selama 22 tahun sedangkan Husam hanya menjadi Exco Kanan Kelantan sekitar 10 tahun. Pengalaman itu tentu sekali berbeza. Jadi tentu akan ada kekekokan dan kelemahan kepada Husam apabila diperegukan dengan Dr Mahathir. Semacam sahaja tindakan itu untuk memalukan Husam. Mengadukan pesilat muda yang darah setampuk pinang dengan sang mahaguru perkasa.

Jadi saya kira ia sengaja “diatuk” (diletakkan) untuk melagakan Husam dengan Dr Mahathir bukan mahu mencari dan mengharap kekalahan di pihak Dr Mahathir tetapi untuk mengetahui sejauh mana bingkai fikir Husam dapat menjungai pemikiran Dr Mahathir dalam keadaan spontan. Untuk membuat perbandingan di antara kedanya dari segi idea, wawasan, cara berfikir serta kepintaran menjawab solan serta mengemukakan solusi atas permasalah yang dibangkitkan.

Itu saya kira tujuan tersembunyi di sebalik meletakkan keduduanya dalam medan hardtalk. Bagi saya bukan dari sudut senioriti dan ketepatan mengikut urutan hierari parti sebab, Husam hanya penasihat Amanah Kelantan manakala Dr Mahathir Penasihat PBBM Malaysia. Seharusnya jika diambil kira dari segi status yang patut diadukan adalah Mohamad Sabu bukan Husam.

Iya sebelum ini Husam pernah berada satu pentas bersama Dr Mahathir dalam ceramah politik pembangkang. Dalam hitungan saya sudah lebih lima kali. Tetapi peluang itu tidak dapat orang menyaksi serta membandingkan Husam dengan Dr Mahathir secara langsung yang lebih gentlemen. Sebab di pentas ceramah mereka bebas mengeluarkan pandangan tersendiri sebaliknya di hardtalk seperti itu mereka diaju dan diterjahkan persoalan.

Lantaran itu apabila beliau diletak di sebelah Dr Mahathir untuk menjawab, memberi kupasan terhadap topik semasa serta menyuntik aspirasi untuk umum ia akan memperlihat sejauh mana jangkauan pemikiran Husam dan kemampuannya berfikir. Program sepeti itu sangat memerlukan bukan sahaja ketangkasan berfikir tetapi kewarasan dan pratikal berhujah.

Saya sendiri melupai keletihan sanggup hadir ke majlis itu untuk melihat kemampuan Husam semalam. Jauh disudut hati timbul juga rasa bimbang apakah Husam dapat menelorkan pemikiran dan idea setanding dengan Dr Mahathir. Atau pun beliau hanya akan menuruti apa yang Dr Mahathir ucap jauh sekali untuk mematah apa-apa garis dan titik serong yang bercanggah dengan fikiran dan politiknya. Mungkin perbezaan pengalaman itu menjadikan gap untuk Husam dan beliau tidak berani untuk mengeluarkan pendapat.

Budak Cerdik PAS

Nampaknya malam tadi tidak begitu. Apa yang disebut arwah Tonguru Nik Aziz bahawa Husam “budak cerdik”, terselah dipentas hardtalk itu. Husam bagi saya benar-benar Hang Nadim yang sepatutnya dipelihara oleh Pas dan negeri Kelantan bukan dibuang kejam begitu. Atau kalau pun benci kerana godaan amarah oleh mereka yang berdendam dengannya, dia sepatut mengambil sikap seperti Bendahara Melaka melindungi Hang Tuah di Ulu Melaka kandati Sultan memerintah membunuhnya. Tetapi tidak begitu berlaku keapda Husam. Kelantan (basa Pas) belum tahu hatta sedekad atau dua dekad lagi untuk melahirkan seorang Husam baru.

Kecerdikan dan pandangan jauh Husam tidak dihargai atau tahu untuk dinilai. Husam menjadi sebiji permata yang jatuh di kaki orang yang jahil mengenai hal ehwal batu permata.

Pemikiran dan jangkauan idea Husam sama jauh dengan Dr Mahathir sehingga saya nampak beberapa ketika Dr Mahathir asyik mendengar dan menumpu tajam kepada Husam yang memberi hujah sambil menganguk-angguk kepala dan membuka senyum puas. Mungkin saat sekarang ini Dr Mahathir juga berasakan Husam adalah patner yang idea baginya untuk menggulingkan Najib.

Misalnya macam mana Husam mengulas dan membuat analogi mengenai apa yang berlaku dalam negara ketika ini yang menjadi pertuturan seluruh dunai, bukan disebabkan ia berlaku secara sengaja. Sebaliknya kata Husam kemalangan yang diterima negara kini ialah disebabkan ianya dirancang oleh Najib. “Masalah negara yang berlaku sekarang bukan secara sengaja, tetapi ia sesuatu yang dirancang.” Tentunya Husam merujuk kepada beberapa polisi dan dasar Najib. Misalnya penubuhan syarikat strategi negara 1MDB yang kini menjadi bala besar adalah ciptaan Najib.

Itulah mungkin dimaksud Husam yang masalah negara dirancang. Husam juga menyebut atau menggunakan istilah, berlaku “pendarahan” dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara. Ini adalah istilah yang cukup menarik “bambastik” menggambarkan apa yang berlaku kini sangat kritikal. Pendarahan ini katanya kalau tidak disekat ia akan menyebabkan negara akan musnah.

Jika diibarakan kepada manusia yang mengalami pendarahan teruk menyebabkan nyawanya akan tercabut bila-bila masa. Ertinya negara kini sedang berada dalam zone merah. Bahaya.

Ada beberapa contoh atau segmen lagi yang menyerlahkan akan jauhnya jangkauan akal fikir dan pemikiran matematikal politik diplomatik Husam. Anda boleh memahami dan merasainya dengan menyaksikan sepenuh klik video hardtalk berkenaan.

Visi Husam Musa

Selain itu lontaran tawaran dikemukakan Husam dan komitmennya kepada rakyat sangat menarik dan mengkagumkan. Ia bukan retorik seperti projek Hudud tetapi pratikal yang realistik. Misalnya macam mana beliau berjanji akan menggunakan wang royalti Petroluem yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Kelantan akan digunakan untuk pembangunan pendidikan. Husam tidak bercerita fasal prasarana dan pembangunan material tetapi pembaguan ilmu, manusia. Menuruntya masalah dan hambatan pendidikan dihadapi rakyat Kelantan akan selesai sekiranya wang royaliti itu diberi sepenuhnya.

Katanya masalah kewangan sangat mengawati nasib anak-anak muda dan para siswa khususnya di Kelantan. Pendidikan adalah pelaburan paling mahal dan utama yang perlu ditangani.

Dengan mengemukakan persoalan itu Dr Mahathir yang berada di sisi secara tidak langsung Husam memberi batu buah keras atau memahamkan kepada Dr Mahathir apabila royaliti dinafikan, menyebabkan Kelantan tertinggal, rakyat bergelumang masalah kewangan.

Husam menceritakan bagaimana ibubapa di Kelantan menjual tanah untuk membiayai pengajian anak-anak. Sekiranya wang royalti itu diberi tentu bebanan kewangan ibubapa itu dapat diatasi. Begitu halus cara Husam mengkritik dan memberi kesedaran kepada Dr Mahathir supaya bekas PM itu sedar kesalahannya dilakukan di Kelantan. Husam semacam berpesan tatkala Dr Mahathir dalam tidur.

Justeru itu katanya secara jenaka, kalau ditakdir Dr Mahathir jadi PM sekali lagi, dia akan mohon untuk jadi pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Dan perkara apa yang akan dituntut dengan PM nanti ialah meminta kerajaan membayar kesemua royalti Petroleum ke Kelantan dalam masa seminggu. Tepukan bergemuruh kedengaran menyokong komitmennya itu.

Saya melihat Dr Mahathir mengangguk-nagguk mendengar kata-kata Husam itu. Jenaka itu sudah tentuk menyocok jiwa Dr Mahathir dan sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia, saya jamin soal royalti akan selesai dan Kelantan tidak akan susah. Syaratnya kerajaan nanti ialah krajaan Pakatan Harapan bukan UBN.

*Mohd Sayuti Omar atau MSO Melayu adalah seorang penulis buku politik terkenal. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected] untuk mendapatkan buku terbarunya.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Pelantikan Hisham – Najib bimbang hadapi PRU14

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

KLIK VIDEO: Walau yang tua itu mulut jangan terlalu celupar, kata Najib

KLIK BACAPRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Tolong Komen & Share