Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sudah memulakan proses perundangan untuk menyaman Raja Petra Kamarudin, walaupun bloger itu didakwa berstatus muflis.

Kata Rafizi, peguamnya, Saiful Izham Ramli, sudah diarah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Raja Petra Jumaat lalu kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

“Setelah peguam saya mengeluarkan surat tuntutan dan selepas tarikh masa menjawab luput (seminggu selepas itu), saya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Raja Petra Kamaruddin.

“Walaupun beliau seorang yang muflis, saya mahu melihat beliau dibawa balik ke Malaysia pada suatu hari nanti untuk menjawab semua pertuduhan terhadap beliau termasuklah saman fitnah saya,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Rafizi berkata, ia adalah langkah perundangan pertama seumpamanya diambil terhadap sesiapa pun setakat ini.

“Kerana saya tahu siapa di belakang Raja Petra,” katanya.

Pada 7 April lalu Raja Petra menerbitkan tulisan mendakwa Rafizi memperoleh RM20 juta daripada seseorang bernama John Soh. Soh didakwa Raja Petra adalah akan perniagaan Tun Daim Zainuddin.

Menurut Rafizi “fitnah” berkenaan kemudian diucapkan berulang kali oleh pemimpin serta penyokong PAS ekoran pendedahan beliau mengenai aliran dana syarikat SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun Datuk Seri Najib Razak sebelum ia didakwa sampai kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.

Anggota parlimen Pandan itu berkata, beliau sedar jika saman ke atas Raja Petra itu berpihak kepadanya pun, tiada apa-apa pampasan yang akan diperoleh kerana status Raja Petra yang muflis.

“Malah saya terpaksa membayar yuran guaman untuk memfailkan saman tersebut,” katanya.

Bagaimanapun dalam keadaan begitu Rafizi berkata, beliau berpendapat saman ke atas Raja Petra sudah menjadi suatu keperluan kerana bloger terbabit “berasakan dia dilindungi daripada sebarang tindakan kerana kini berada di United Kingdom, serta berstatus muflis.

Raja Petra tahu, kata Rafizi, bahawa tindakan menyaman itu membazirkan wang kerana sebagai seorang muflis, tiada harta untuknya membayar pampasan nanti.

“Tetapi saya bukan mahukan wang. Saya mahukan kebenaran,” kata Rafizi.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi Raja Petra berhubung saman berkenaan.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACAShahbudin buktikan Hadi salah suruh pilih Pas atau Umno

KLIK BACA: Pelantikan Hisham – Najib bimbang hadapi PRU14

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS

KLIK BACA: Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

KLIK VIDEO: Walau yang tua itu mulut jangan terlalu celupar, kata Najib

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Tolong Komen & Share