Wissam Al Mana, suami penyanyi Janet Jackson dilihat masih mendambakan kebahagiaan rumah tangga walaupun dilaporkan perkahwinan mereka sedang menuju perceraian.

Kurang seminggu dari berita Janet didakwa memfailkan perceraian ke atas rumah tangga yang dibina selama lima tahun, bilionair kelahiran Qatar itu menujukan mesej istimewa buat wanita yang dianggap ‘sahabat baiknya’ itu.

“Kepada wanita paling cantik di dunia, terima kasih untuk kasih sayang kamu, sokongan dan menjadi sahabat baik saya.

“Saya mencintai anda teramat sangat insya-Allah kita akan bersama di syurga,” tulisnya di laman sesawang peribadinya.

Kata-kata itu diletakkan bawah tajuk “Love.”

Ia juga ditujukan khas buat Janet selepas wanita berusia 50 tahun itu memuat naik gambar pertama anak lelaki mereka Eissa yang dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Walaupun tidak dapat dipastikan punca mahligai pasangan itu berantakan, perceraian itu dikatakan bakal mendatangkan ‘kelebihan’ buat penyanyi All for You itu.

Dianggarkan, Janet boleh menerima bayaran pampasan perceraian hingga mencecah AS$200 juta (RM880 juta). – Malaysiakini | MRM | Liputan6

KLIK BACA: Jemaah umrah, imam terima gambar lucah daripada telefon Ku Nan

KLIK BACADr Mahathir: BERSATU tak terima dana, penderma bimbang disiasat LHDN

KLIK BACA: Rafizi saman Raja Petra bawa balik Malaysia hadapi perbicaraan

Tolong Komen & Share