Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya menggunakan basikal

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya menggunakan basikal baharu yang merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini.

Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.

“Beliau (Adnan) mengambil dan mengayuh basikal tersebut mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum masuk semula ke dewan dengan wajah gembira.

“Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain,” kata sumber semasa dihubungi di sini, hari ini lapor KiniTV.

Menurut sumber berkenaan, perjalanan itu yang sejauh kira-kira enam kilometer melibatkan laluan Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek sebelum ke Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah ambulans.

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

KLIK BACADr Mahathir: BERSATU tak terima dana, penderma bimbang disiasat LHDN

KLIK BACA: Rafizi saman Raja Petra bawa balik Malaysia hadapi perbicaraan

KLIK BACAShahbudin buktikan Hadi salah suruh pilih Pas atau Umno

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS – Kadir Jasin

KLIK BACA: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH? – Dr Dzulkefly

Tolong Komen & Share