Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Anies Baswedan berjaya pada pusingan kedua pilihan raya Gabenor Jakarta yang dilihat mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama.

Berdasarkan keputusan kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik, Anies menang dengan 58 peratus undi berbanding 42 peratus bagi Basuki Tjahaja Purnama, yang lebih dikenali dengan nama singkat Cinanya sebagai “Ahok”.

Tinjauan bancian lain juga menunjukkan keputusan yang hampir sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya kebangsaan akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.

Kempen bergelora yang disusuli perhimpunan besar-besaran yang diketuai oleh gerakan penyokong Islam tegar, yang semakin berpengaruh baru-baru ini di negara tersebut yang sebelum ini dikuasai oleh pergerakan Islam sederhana.

Lebih daripada 80 peratus daripada penduduk Indonesia menganuti agama Islam.

“Melihat ke hadapan, politik agama akan menjadi penentu kuasa,” kata Keith Loveard, seorang penganalisis yang berpangkalan di Jakarta.

Kemenangan besar Anies agak mengejutkan memandangkan bancian pendapat menjelang pilihan raya menunjukkan keputusan akan berakhir dengan sengit.

Purnama memenangi pusingan pertama pengundian untuk menjadi gabenor pada Februari lalu dalam pertandingan tiga penjuru. – Reuters

KLIK BACA: Keretakan terasa, Zahid dah mula main sindir perli – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib gesa nilai moral tinggi tak masuk akal, kata Dr Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Hishammuddin didesak siasat Scorpene era Najib

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share