Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menghantar surat tuntutan kepada Tan Sri Noh Omar, yang menuntut menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan menarik balik surat pembatalan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.

Surat tuntutan juga dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar,Abu Bakar Johar yang menandatangani surat arahan bertarikh 17 Mac itu.

Nga juga menggesa kedua-dua mereka memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di kawasan pilihan raya milik awakil rakyat bukan BN.

“Keputusan itu jelas tidak adil, tidak rasional dan tidak munasabah. Ia tidak wajar,” petik surat yang dikeluarkan oleh Nga, melalui peguamnya.

Nga juga menuduh menteri melakukan diskriminasi yang jelas bertentangan dengan kedaulatan undang-undang di negara ini dan terhadap kepentingan awam. Terdapat 89 kerusi yang dimiliki oleh ahli parlimen bukan BN.

Kerajaan tempatan juga diarahkan untuk menyenaraikan semua projek BP 1 yang diluluskan, untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN semasa perjumpaan Noh dengan ahli parlimen BN.

Beliau juga mengarahkan semua waran peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan ditarik balik.

Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat antara Noh, datuk bandar dan ketua-ketua kerajaan tempatan pada 9 Mac lalu. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Tolong Komen & Share