Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini sekali lagi menimbulkan soalan sama ada dana Lembaga Urusan Tabung Haji turut terlibat dalam skandal 1MDB, melalui pelaburan dalam firma yang dikaitkan dengan SRC International.

Syarikat berkenaan adalah Putrajaya Perdana Bhd yang dibeli Tabung Haji dengan kepentingan 30 peratus pada bulan November 2014.

Anak syarikat Putrajaya Perdana, Putra Perdana Development menerima RM140 juta daripada SRC International, mengikut carta yang dipegang oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang akhbar ketika beliau membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes SRC.

Menurut carta itu, pemindahan dilakukan secara kelompok pada bulan Julai dan Ogos 2014, tiga bulan sebelum Tabung Haji membeli 30 peratus kepentingan dalam Putrajaya Perdana.

“Semasa Tabung Haji membeli 30 peratus pegangan di dalam Putra Perdana pada harga RM193.5 juta, Tan Sri Ismee Ismail mesti menjawab sama ada beliau ada pengetahuan mengenai RM140 juta yang dipindahkan dari akaun SRC International Sdn Bhd,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Ismee Ismail adalah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan pengarah 1MDB sehingga 2016, apabila semua ahli lembaga itu meletak jawatan serentak berikutan laporan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berhubung penyelewengan dalam 1MDB. Ismee juga adalah pengarah SRC International.

Kaitan Tabung Haji pada mulanya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mempersoalkan jika dana tabung haji telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat Putrajaya Perdana yang dikaitkan dengan Jho Low.- Malaysiakini

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Mufti Perlis terima hantu Jenglot

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

Tolong Komen & Share