Ahli Parlimen Raub, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menafikan dakwaan liar sesetengah pihak bahawa beliau masuk DAP kerana tidak dapat imbuhan dari Umno.

Ariff berkata beliau boleh hidup senang jika masih bersama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak namun memilih untuk tidak berbuat demikian walaupun dirinya tidak ada perancangan untuk masuk menjadi ahli DAP.

“Kalau saya nak kayakan diri, baik saya duduk di bawah Najib. Perbaik Najib dan Rosmah punya goodwill. You can get a lots of things.

“Tetapi saya memilih untuk tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara ‘Terus Terang’ episod 13 anjuran INVOKE malam tadi.

Video tersebut dimuat naik di Facebook Rafizi Ramli.

Mengimbas kembali ketika bertemu dengan Najib sebelum masuk DAP, Ariff berkata beliau berani mengkritik kawan lamanya itu kerana tidak pernah mendapat ‘apa-apa’ sepanjang bersamanya.

“Saya berjumpa dengan Najib di pejabat, masa itu beliau dah jadi Perdana Menteri. Dalam satu perbualan, saya cerita pada dia yang saya berani mengkritik dia dan menegurnya secara terbuka kerana saya tidak pernah terima apa-apa daripadanya. Saya tidak pernah minta apa-apa projek. Sebab itu saya boleh bercerita, boleh menegur dan menulis secara terbuka,” katanya.

Menurut Ariff yang juga penulis Sakmongkol AK47, berkata DAP mula meneliti penulisan di blognya yang lantang mengkritik kepimpinan Najib dan Umno membuatkan pandangannya selari dengan parti itu.

Jelas Ariff, beliau mula mengkritik sejak 2008.

“Saya ingat masa pertama DAP datang berjumpa dengan saya, dia telah baca semua artikel di blog saya selama 2 tahun, dan dia cakap ada keserasian antara pemikiran saya di dalam tulisan saya dengan sikap politik DAP.

“Tapi saya tidak cakap nak masuk terus dalam DAP (ketika itu),” jelasnya. – KiniTV

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Mufti Perlis terima hantu Jenglot

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Tolong Komen & Share