Pelakon Benjy ditahan polis Indonesia kerana disyaki menyembunyikan dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan  – Foto Detik.com

Pelakon Benjy ditahan polis Indonesia kerana disyaki menyembunyikan dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan – Foto Detik.com | Astro Gempak

Indonesia: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki dadah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekali lagi ditahan bagi kesalahan yang sama pada Selasa lalu.

Kali ini anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara.

Menurut laporan detik.com, Ketua Jabatan Kastam, Zaky Firmansayah mengesahkan mengenai penangkapan berkenaan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam duburnya,” kata Zaky.

Menurut Zaky, Benjy tiba ke Medan menaiki pesawat Malindo Air pada Selasa malam.

Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Benjy mengaku membeli dadah itu dari seseorang di Kuala Lumpur.

Pada April 2016 Benjy, 39, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Mufti Perlis terima hantu Jenglot

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share