Najib saman fitnah Tony Pua dakwaan salahguna kuasa isu RUU355 dan berkonspirasi dengan PAS – Foto FMT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam klip video yang disiar di Facebook.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Utusan Online.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib menyatakan Tony selaku defenden pada 6 April lalu, telah memuat naik rakaman Live Video (video langsung) selama dua minit 21 saat.

Video berkenaan bertajuk “BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill” –  di akaun Facebook Tony Pua pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Najib berkata, perkataan-perkataan tersebut antaranya membawa maksud, beliau telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi arahan kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) dan mengetepikan rang undang-undang lain.

Selain itu ia membawa maksud, pihak plaintif telah berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu di kalangan parti pembangkang dan merompak wang rakyat berkaitan urus niaga 1MDB.

Pihak plaintif, sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan daripada pihak defendan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Khairy berani sebut kuota bumiputera ‘penghinaan’ di Perhimpunan Agung Umno?

KLIK BACA: Najib hanya pandai ‘transfer’ duit, bukan transformasi, bidas Saifuddin

KLIK BACA: Tun Mahathir senaraikan sebab dunia tidak akan hormati Malaysia

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

KLIK BACA: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH? – Dr Dzulkefly

Tolong Komen & Share