Kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa pengiktirafan tersebut tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai, ” katanya menerusi catatan blog najibrazak.com bertajuk: Ucapan Perdana Menteri Mengenai Taraf Hidup Rakyat.

Beliau berkata isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

“Banyak usaha yang telah kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani kos sara hidup. Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), usaha perangi orang tengah dan sebagainya,” katanya.

“Saya benar-benar mengharap program-program ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana perkara inilah yang saya usahakan pada setiap hari sebagai perdana menteri,” katanya. -Bernama

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACARafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK BACA: Adam Rosly mengaku pinjam Ah Long RM500,000

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Tolong Komen & Share