Pembangunan Melaka Gateway bukan sebuah projek untuk menjual kedaulatan atau menambah hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia tidak akan hilang kedaulatan dengan perlaksanaan Melaka Gateway kerana projek pelabuhan itu dibina di bumi Malaysia dan berada dalam tangan negara ini sendiri.

“Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) boleh kata projek Melaka Gateway ini menyebabkan kita hilang kedaulatan dan menambah hutang negara. Sejak bila pelaburan dari luar negara menyebabkan kita kehilangan kedaulatan?

“Kalau pelabur datang dari luar pun dia melabur dalam Malaysia, dia buat kilang dalam Malaysia , di bumi Malaysia. Kita boleh kawal, mana boleh hilangkan kedaulatan? Kedaulatan tetap kita pertahankan selama-lamanya,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Melaka Gateway merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Antara cadangan pembangunan yang akan dilakukan di situ selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4.

Najib berkata projek berkenaan tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.  – Bernama

KLIK BACARafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK BACA: Adam Rosly mengaku pinjam Ah Long RM500,000

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Tolong Komen & Share