Seekor babi hutan yang mati dilanggar kereta di Singapura. – Foto Lianhe Wanbao

SINGAPURA: Seekor babi hutan dikatakan seberat sehingga 100 kilogram mati dilanggar sebuah kereta dekat Lentor Avenue pada Ahad malam.

Menurut Lianhe Wanbao dalam satu laporan pada Isnin, pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Insiden tersebut berlaku di sebuah jalan dekat Lentor Avenue menghala Ang Mo Kio Avenue 6 pada kira-kira pukul 8 malam.

Wanbao melaporkan babi hutan itu secara tiba-tiba meluru keluar ke tengah jalan dan pemandu tidak sempat menghentikan kenderaan sebelum melanggarnya.

Pemandu kereta bagaimanapun beredar dari tempat kejadian.

Seorang pembaca memberitahu akhbar berbahasa Cina itu bahawa pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Prihatin Haiwan (Acres) memberitahu The Strait Times bahawa pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kes berkenaan.

“Malangnya babi hutan itu cedera dan mati.

“Haiwan-haiwan ini boleh ditemui di kawasan tersebut berikutan ia berdekatan dengan kawasan alam semula jadi seperti Lentor dan Seletar, katanya. – The Straits Times/Asia News Network/The Star

KLIK BACAPenyelesaian 1MDB-IPIC dedah salah laku jenayah baru 

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

KLIK BACA: Saya terlalu tua untuk jadi PM, bagi lah pada orang muda – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Tolong Komen & Share