Pengusaha restoran dan penjaja berang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat anggota pembangkang mendalangi kenaikan harga makanan, melalui penyertaan mereka dalam pertubuhan restoran.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan pada Ahad lalu dilaporkan berkata beliau telah mengenal pasti pertubuhan restoran yang dianggotai pembangkang yang “menidakkan apa yang kerajaan cuba bantu rakyat”.

“Saya kenal pasti bila ada mesyuarat pertubuhan (restoran) di dalam pertubuhan itu ada DAP, PKR dan puak inilah yang berperanan menidakkan apa yang kerajaan cuba bantu rakyat selain memastikan harga ini diperbetulkan,” kata Tengku Adnan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Ayoob Khan Muhamad Yakup menolak tuduhan itu.

“Kenyataan beliau mengenai pembabitan parti-parti pembangkang tidak benar sama sekali,” katanya kepada Malaysiakini.

“Presma tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau NGO. Kami tidak melantik mana-mana anggota pembangkang dalam senarai exco kami,” katanya.

“Harga meningkat secara berperingkat bagi tempoh tiga tahun lalu. Ia kenaikan drastik kerana hakikat kita (negara) gagal mengendalikannya secara profesional. Tidak perlu untuk menuduh ada kumpulan bertanggungjawab terhadap kenaikan harga itu,” katanya.

Ayoob berkata pemansuhan beberapa subsidi, termasuk tepung, minyak masak dan gula, adalah antara punca yang memberi kesan kepada harga makanan.

Beliau berkata ramai pengusaha restoran ramai yang bergelut dengan kenaikan kos dan perbelanjaan yang semakin meningkat.

“Restoran Muslim malaysia bukan menaikkan harga makanan sebarangan. Setiap item makanan perlu diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil, Pasar Pudu, Jeff Tan juga menggesa menteri berkenaan supaya tidak mempolitikkan isu itu.

“Semak fakta-fakta dulu sebelum bercakap. Penjaja dan peniaga kecil sudah cukup merana dengan kenaikan kos, jadi tak perlu seret kami ke dalam politik.

“Bagi tahun ini saja, kos telah meningkat sebanyak 30 peratus, jadi kami juga terpaksa menaikkan harga,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, akibat kenaikan itu, ramai peniaga kecil dan penjaja terpaksa menutup perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, Tan mengakui ada persatuan yang melantik pemimpin politik sebagai penaung mereka. – Malaysiakini

KLIK BACA: Hairan kenapa Johari tidak terlibat rundingan 1MDB? 

KLIK BACAPenyelesaian 1MDB-IPIC dedah salah laku jenayah baru 

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

KLIK BACA: Saya terlalu tua untuk jadi PM, bagi lah pada orang muda – Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

Tolong Komen & Share