Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang akan berdepan dengan pasukan petugas khas yang menyiasat kerugian tukaran asing Bank Negara antara tahun 1991 dan 1993.

Dalam satu kenyataan, Lim berkata, beliau akan menghadap pasukan tersebut yang terdiri daripada tujuh anggota dengan dikepalai oleh bekas ketua setiausaha, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada minggu depan.

Lim juga mengulangi bahawa beliau telah menggesa siasatan terhadap kerugian Bank Negara sejak lebih dua dekad lalu.

“Saya tetap teguh dengan ucapan di Parlimen pada bulan April 1994 untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kerugian tukaran asing Bank Negara yang besar,” kata Lim, sambil menambah bahawa fungsi pasukan itu harus kekal sama seperti yang pernah dicadangkan.

Antara lain, ujar Lim, siasatan tersebut bagi memastikan sama ada kerugian tukaran asing Bank Negara sejak 1992 melebihi RM30 bilion.

“(Juga) bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa penyelewengan dan penyalah gunaan kewangan memandangkan penjelasan yang tidak konsisten dan bercanggah mengenainya.

“(Dan) untuk mengenal pasti bagaimana Bank Negara boleh menanggung kerugian sebesar itu,” katanya.

Lim, bagaimanapun, menegaskan bahawa apa yang lebih penting pada masa ini adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke dalam skandal 1MDB. – Malaysiakini

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK VIDEO GAMBAR: Ribut landa Muktamar PAS di Kedah

KLIK BACA: Saman Mahathir batal kerana Najib bukan penjawat awam, apa kata Aziz Bari?

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Mufti setuju CUKAI GST HARAM!

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share