Pendirian bercanggah kerajaan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menunjukkan bahawa Umno tidak boleh diharapkan untuk menegakkan Islam, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Keyakinan untuk jaga Islam pada PAS. Harap pada Umno, (memang) tak boleh harap.

“(Dalam isu) RUU355, TPM (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kata kerajaan akan bawa (bentang di parlimen). PM cakap kerajaan tak bawa.

“Nak harap macam mana, tak boleh,” kata Tuan Ibrahim dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah sempena muktamar PAS kali ke-63 yang diadakan di Kota Sarang Semut, malam tadi.

Bulan lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 di Dewan Rakyat.

Antara lain usul dibawa Abdul Hadi selaku anggota parlimen Marang itu mencadangkan supaya had hukuman untuk kesalahan jenayah syariah ditingkatkan kepada denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebatan maksimum 100 kali.

Peruntukan semasa Akta 355 mengehadkan hukuman kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Zahid pada Mac lalu mengesahkan kerajaan akan mengambil alih pembentangan usul pindaan itu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengumumkan di depan ribuan perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2016 untuk kerajaan mengambil alih pembentangan berkenaan.

Bagaimanapun selepas pemimpin tertinggi BN mengadakan mesyuarat pada 29 Mac lalu, Najib mengumumkan keputusan sebaliknya. – Malaysiakini

KLIK BACA: ‘Tuhan’ bukan segalanya buat PAS, kata DAP

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: PAS diuji dengan bala ribut

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share