Bangkok: Seramai 27 penumpang pesawat penerbangan Aeroflot dari Moscow, Russia ke Thailand cedera, termasuk ada yang patah tulang apabila tercampak ke siling selepas kapal terbang itu dilanda olak udara, kata pegawai semalam.

Kejadian menakutkan itu berlaku apabila pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang melalui satu poket olak udara terang sebelum mendarat di lapangan terbang Bangkok pada tengah hari semalam.

Juruterbang tidak sempat memberi amaran kepada penumpang kerana olak udara sedang berlaku di lokasi yang tidak mempunyai awan.

Seorang pegawai kedutaan Russia di Bangkok, Denis Antonyuk memberitahu, 24 penumpang warga Russia dan tiga warga Thailand cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 15 penumpang warga Russia dan dua warga Thailand masih dirawat di hospital, manakala selebihnya sudah dibenarkan keluar,” katanya.

Satu rakaman video dari telefon bimbit penumpang yang disiarkan stesen televisyen Russia, Rossiya 24 menunjukkan keadaan kabin pesawat itu yang huru-hara.

Beberapa penumpang dilihat terbaring cedera di lantai dan bagasi dengan kesan darah serta topeng oksigen tergantung di atas tempat duduk.

“Kami terpelanting ke siling pesawat dan sangat mustahil untuk bertahan.

“Pesawat bergegar tanpa henti dan saya ingat kami semua akan terhempas,” kata seorang penumpang, Yevgenia kepada Rossiya 24 melalui telefon.

Kedutaan Russia di Bangkok dalam satu kenyataan memberitahu, sebahagian mangsa dirawat di hospital akibat beberapa kecederaan terutama patah dan retak tulang.

“Beberapa mangsa perlu menjalani pembedahan tetapi tiada yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa,” jelasnya. – AFP | Foto Guardian UK

KLIK BACA: Banduan penjara seumur hidup berjaya dapat ijazah Universiti Terbuka Malaysia [OUM]

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: PAS diuji dengan bala ribut

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share