Lim Kit Siang mendedahkan kenyataan yang diberikannya kepada anggota pasukan penyiasat itu kepada media di Putrajaya hari ini. – Foto Sinar Harian

Kit Siang pada sidang media di Putrajaya hari ini berkata “gajah yang masih hidup” dan perlu diteliti mereka ialah skandal 1MDB.

“Mereka bertanya siapa yang terbabit dan siapa yang tidak terbabit, siapa yang ada maklumat skandal forex itu). Semua maklumat yang saya ada, sudah saya dedahkan kepada umum dalam ucapan saya di parlimen dahulu,” katanya.

Skandal yang didakwa menyebabkan kerugian sebanyak RM9.3 bilion itu berlaku antara 1989 dan 1993 apabila Bank Negara terlibat dalam dagangan forex.

Reuters pada 1991 malah memetik peniaga matawang sebagai berkata, Bank Negara adalah antara pemain utama dalam forex namun butiran urusan Bank Negara kekal tidak jelas hingga hari ini, dan tidak ada sebarang siasatan setakat ini dimana Perdana menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan pada 15 Februari lalu mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian berkenaan.

Kit Siang mendakwa punca utama kepada skandal berkenaan ialah pihak yang terlibat dalam aktiviti itu gagal mempertahankan prinsip urus tadbir yang baik serta bertanggungjawab.

“Itu adalah pengajaran yang mesti kita ambil untuk skandal 1MBD.

“Perkara mendesak yang mesti kita tangani ialah gajah yang ada di depan mata, iaitu skandal kleptokratik 1MDB.

“Adakah kita perlu menunggu 25 tahun lagi sebelum menubuhkan pasukan penyiasat khas mengenai 1MDB? Pada masa itu ia mungkin sudah menjadi bangkai 1MDB,” katanya lapor portal Malaysiakini.

Kit Siang yang menjadi ketua pembangkang ketika skandal itu berlaku turut menegaskan, panel terbabit perlu memanggil beberapa pemimpin utama negara di era pemerintahan Tun Mahathir termasuk Datuk Seri Najib Razak dimana beliau adalah seorang daripada menteri kanan pada waktu itu.

KLIK BACA: Pemuda Amanah serah memo ke pejabat Najib, beri tempoh 10 hari jawab

KLIK BACA: Tunggu lepas PRU kes profil tinggi ahli politik, kata KP SPRM

KLIK BACA: Rafizi: Penasihat PM, penganjur majlis zikir terima wang akaun Najib

KLIK BACA: Dr Mahathir: Kenyataan Najib UMNO kalah Kit Siang jadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

Tolong Komen & Share