oleh Ana Ghoib

Sya’ban adalah bulan penuh berkah dan kebaikan kerana disebutkan bahawa pada bulan ini Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya.

Nisfu Sya’ban berarti pertengahan atau separuh bulan sya’ban.

Jika merujuk pada kalendar Hijriah, maka malam tersebut jatuh pada malam hari Jumaat 12, Mei 2017 atau 14 Sya’ban 1438 Hijrah saat terbenamnya Matahari hari itu.

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.”

Peringatan Nisfu Sya’ban tidak hanya dilakukan di Malaysia dan Indonesia sahaja malah Al-Azhar sebagai yayasan pendidikan tertua di Mesir bahkan di seluruh dunia selalu memperingati malam yang sangat mulia ini.

Keutamaan malam nisfu Sya’ban diterangkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali di mana beliay mengistilahkan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam yang penuh dengan syafaat (pertolongan).

Menurut al-Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga syafaat kepada hambanya. Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun. Kerana pada malam ke-15 bulan Sya’ban inilah, catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT.

Para ulama menyatakan bahwa Nisfu Sya’ban juga dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah, karena pada malam itu Allah SWT menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada hamba-Nya yang saleh.

Dalam sejarah islam, ada yang berpendapat mengatakan bahawa pada saat itu terjadi perpindahan kiblat kaum muslimin dari Baitul maqdis kearah Masjidil haram.

Peralihan kiblat dari Masjidil Aqsha ke Masjidil Haram terjadi pada bulan Sya’ban. Menurut Al-Qurthubi ketika menafsirkan Surat Al-Baqarah ayat 144 dalam kitab Al-Jami’ li Ahkāmil Qur’an dengan mengutip pendapat Abu Hatim Al-Basti mengatakan bahawa Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk mengalihkan kiblat pada malam Selasa bulan Sya’ban yang bertepatan dengan malam nisfu Sya’ban.

Peralihan kiblat ini merupakan suatu hal yang sangat ditunggu-tunggu oleh Nabi Muhammad SAW. Bahkan diceritakan bahwa Nabi Muhammad SAW berdiri menghadap langit setiap hari menunggu wahyu turun perihal peralihan kiblat itu seperti Surat Al-Baqarah ayat 144 berikut.

Firman Allah: “Sungguh Kami melihat wajahmu kerap menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkanmu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram.”

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki mengutip sebuah hadits riwayat An-Nasa’i yang meriwayatkan dialog Usamah bin Zaid dan Nabi Muhammad SAW.

“Wahai Nabi, aku tidak melihatmu berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban?”

Kemudian Rasulullah SAW menjawab, “Banyak manusia yang lalai di bulan Sya’ban. Pada bulan itu semua amal diserahkan kepada Allah SWT. Dan aku suka ketika amalku diserahkan kepada Allah, aku dalam keadaan puasa.”

Pada bulan Sya’ban juga dikatakan diturunkan ayat anjuran untuk berselawat untuk Nabi Muhammad SAW, yaitu Surat Al-Ahzab ayat 56.

Firman Allah:  “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, shalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Ibnu Abi Shai Al-Yamani mengatakan, bulan Sya’ban adalah bulan shalawat. Karena pada bulan itulah ayat tentang anjuran shalawat diturunkan. Pendapat ini dikuatkan oleh pendapat Imam Syihabuddin Al-Qasthalani dalam Al-Mawahib-nya, serta Ibnu Hajar Al-Asqalani yang mengatakan bahwa ayat itu turun pada bulan Sya’ban tahun ke-2 hijriyah.

Rasulullah saw bersabda,: “Allah mengawasi dan memandang hamba hamba Nya di malam nisfu sya’ban, lalu mengampuni dosa dosa mereka semuanya kecuali musyrik dan orang yg pemarah pada sesama muslimin” – (Shahih Ibn Hibban)

Malam Nisfu Sya’ban juga digelar:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan) | Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan) | Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa) | Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat) | Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki di dalam kitabnya Madza fi Sya’ban menukilkan agar antara amalan utama malam Nisfu Sya’ban adalah memperbanyak doa, membaca dua kalimat syahadat sebanyak-banyaknya, zikir, selawat dan istighfar memohon keampunan dan rahmah Allah.

“Jika datang malam pertengahan bulan Sya’ban, maka lakukanlah qiyamul lail, dan berpuasalah di siang harinya, kerana Allah turun ke langit dunia saat itu pada waktu matahari tenggelam, lalu Allah berfirman, ‘Adakah orang yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku akan ampuni dia. Adakah orang yang meminta rezeki kepada-Ku, maka Aku akan memberi rezeki kepadanya. Adakah orang yang diuji, maka Aku akan selamatkan dia, dst…?’ (Allah berfirman tentang hal ini) sampai terbit fajar.” – (HR. Ibnu Majah, 1/421; HR. al-Baihaqi dalam Su’abul Iman, 3/378)

Doa Solat dan Sujud Rasulullah SAW Pada Malam Nisfu Sya’ban

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak.

Kemudian aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya: “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri”.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Malaikat Jibril a.s menyuruh ajar dan baca doa.

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah S.A.W, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda S.A.W di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit.

Maka Baginda S.A.W bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah r.a berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.”

Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?” Aisyah berkata, “Saya berkata, “Bukan begitu, wahai Rasulullah!”

Sabda Baginda: “Telah datang kepada ku Jibril a.s. dan berkata, “Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak.”

Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan sujud lalu membaca: “Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s – “Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya.”

Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka.”

Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda S.A.W kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, “Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?” Saya berkata, “Ya.”

Baginda bersabda, “Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud.”

Doa Cahaya Nur

Aisyah berkata, “Wahai Abu Sa’id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah S.A.W, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda S.A.W.”

Berkata Abu Sa’id al Khudri r.a, “Apabila Rasulullah S.A.W keluar solat Subuh, Baginda S.A.W akan membaca: “Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku.”

Akhir Sya’ban kedatangan Ramadhan

Salman al-Farisi berkata, Rasulullah saw menyampaikan khutbah kepada kami pada hari terakhir di bulan Sya’ban di mana baginda bersabda ringkasannya:  “Wahai orang-orang, di hadapan kalian telah datang bulan agung, bulan yang penuh berkah, bulan di mana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di bulan tersebut sebagai suatu kewajiban, ibadah di waktu malamnya sebagai perbuatan sunnat.

Siapa yang mengenyangkan orang yang berpuasa, maka Allah akan memberikan minum dari sumurku [telaga kautsar], dengan minuman yang tidak akan pernah merasakan kehausan sampai ia masuk ke dalam surga”. – (HR. Ibnu Khuzaimah]  *Sumber rujukan: Nahdatul Ulama Indonesia | Konsultasi Syariah Indonesia | PondokHabib *Untuk niat solat sunat Nisfu Sya’ban dan doa klik SINI

Nasihat Rasulullah SAW

Allah berfirman: “Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin. [mati]” –  (QS. Al-Hijr: 99)

Nabi Muhammad SAW menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau. Yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya.

Nasihat yang bgainda sampaikan sangat ringkas iaitu: Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” – (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).

Dan yang namanya istiqamah, tentu saja tidak akan ada putusnya. Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bilakah waktu untuk istirahat?’ beliau menjawab, “Ketika pertama kali kita berpijak kaki kita di syurga.”

Tawaran kepada anak Adam

*Ibnu Katsir menukilkan Hadis Qudsi oleh Al-Hafiz Ibnu Asakir bahawa Abur Rabi’ Ad-Dimasyqi telah meriwayatkan dari Mak-hul, bahawa Nabi Muhammad Saw bersabda:

Allah berfirman: “Hai anak Adam, Aku telah memberikan nikmat-nikmat yang besar kepadamu, yang tidak dapat kamu hitung bilangannya, dan kamu tidak akan mampu mensyukurinya.

Dan sesungguhnya di antara nikmat yang Aku berikan kepadamu ialah Aku jadikan bagimu dua buah mata yang dengan keduanya kamu dapat melihat, dan Aku jadikan bagi keduanya kelopak.

Maka gunakanlah keduanya untuk memandang apa yang telah Kuhalalkan bagimu, dan jika kamu melihat apa yang telah Kuharamkan bagimu, maka katupkanlah kedua kelopaknya.

Dan Aku telah menjadikan bagimu lisan dan Kujadikan pula baginya penutupnya. Maka berbicaralah dengan apa yang telah Kuperintahkan kepadamu dan apa yang telah Kuhalalkan bagimu.

Dan jika ditawarkan kepadamu apa yang telah Kuharamkan bagimu, maka tutuplah lisanmu (diamlah).

Dan Aku telah menjadikan kemaluan bagimu, dan Aku telah menjadikan pula baginya penutup, maka gunakanlah kemaluanmu terhadap apa yang telah Kuhalalkan bagimu.

Dan jika ditawarkan kepadamu apa yang telah Kuharamkan bagimu, maka turunkanlah penutupnya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Engkau tidak akan mampu menanggung murka-Ku dan tidak akan mampu menahan pembalasan (azab)-Ku.”

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB Hud’s – Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Mukjizat perang Badar, ranting kayu Rasulullah berubah jadi pedang

KLIK BACA: Dukun berniat mahu ubati Nabi Muhammad disangkanya ‘gila’ tapi akhirnya masuk Islam

KLIK BACA: 300 Mukjizat Rasulullah SAW 

KLIK BACA: Senarai nama 313 Sahabat Rasulullah SAW terlibat perang BADAR

Tolong Komen & Share