CYBERJAYA – Bomba menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap di dalam terowong dekat Kilometer 10, Lebuhraya SKVE, dekat sini, hari ini lapor Sinar Harian.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.46 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, enam mangsa membabitkan warga Indonesia telah terperangkap di dalam terowong laluan air.

“Kesemua mangsa dipercayai sedang memotong rumput di tepi lebuhraya sebelum berteduh seketika kerana hujan lebat. Mangsa bagaimanapun gagal untuk keluar selepas air naik secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi ini, bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dengan selamat.

Dalam pada itu, seekor kucing turut berjaya diselamatkan yang secara kebetulan berada di terowong terbabit.

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Doa Nisfu Sya’ban oleh Nabi Muhammad yang disuruh Jibril baca dalam sujud

KLIK BACA: Mukjizat perang Badar, ranting kayu Rasulullah berubah jadi pedang

KLIK BACA: Dukun berniat mahu ubati Nabi Muhammad disangkanya ‘gila’ tapi akhirnya masuk Islam

KLIK BACA: 300 Mukjizat Rasulullah SAW 

KLIK BACA: Senarai nama 313 Sahabat Rasulullah SAW terlibat perang BADAR

Tolong Komen & Share