Datuk Dr Rais Hussin mendedahkan tinjauan calon Perdana Menteri yang dilakukan sebelum PPBM ditubuhkan. – Foto The Malay Mail

Petaling Jaya – Satu tinjauan oleh sekumpulan individu yang kini menyertai PPBM menunjukkan rakyat Malaysia mahu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, katanya lapor Free Malaysia Today.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin berkata, ia disusuli pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden PAS.

Tinjauan yang dilakukan sebelum PPBM ditubuhkan secara rasmi pada September 2016 itu diketuai 7 profesor universiti awam yang identiti mereka tidak didedahkan.

Ia membabitkan 45 pembanci yang menemui 3,000 responden di 30 kawasan Parlimen BN dan pembangkang, termasuk di Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka terhadap 1 senarai parti politik.

Daripada jumlah itu, 67.6% berbangsa Melayu, 23% orang Cina, 5.6% responden India, 3.5% Bumiputera Sabah dan Sarawak serta 0.2% kaum lain. Sekurang-kurangnya 23.1% daripada mereka berasal dari kawasan bandar, 49.8% dari bandar kecil, 19.8% di kawasan luar bandar dan 7.2% di penempatan Felda.

Rais berkata, hasil tinjauan itu menunjukkan Muhyiddin mendahului dengan 37.3% undi setuju, 25.1% membantah dan bakinya tidak pasti.

Dr Mahathir yang mendapat 35.9% undi berada di tempat ke-2, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ke-3 dengan 34.3% undi.

Ia disusuli bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz; bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, lebih ramai responden yang membantah berbanding menyokong Anwar dan Hishammuddin sebagai perdana menteri.

Bagi Datuk Seri Najib Razak pula, seramai 52% responden membantah beliau menjadi perdana menteri, 27.9% tidak pasti dan hanya 20% menyokong pengerusi BN itu memegang jawatan nombor 1 negara.

“Tiada seorang pun pemimpin BN berada dalam senarai 5 calon teratas untuk PM dan ia jelas menunjukkan Najib berada jauh di belakang pemimpin lain, di tempat ke-9,” katanya ketika mengumumkan hasil tinjauan itu, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Muhyiddin mungkin menjadi PM jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, tetapi PKR bertegas yang Anwar ialah calon PM mereka.

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK VIDEO: Video amanat Tun Mahathir kepada penduduk Pekan, tolonglah…

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: Undi PAS tak boleh bentuk kerajaan buat apa, soal bekas pengarah urusan Harakah 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACAZaid: Lantik Dr Mahathir calon PM, biar Umno bergolak sama sendiri

KLIK BACA: Iran ancam hancurkan seluruh Arab Saudi kecuali Makkah dan Madinah

Tolong Komen & Share