Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata demikian di dalam program “Street Signs” oleh CNBC. – Foto The Malay Mail

Kerajaan perlu lebih telus mengenai skandal 1MDB, menurut Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Razak.

“Ia mendapat liputan yang sangat ‘menyakitkan’ dalam beberapa bulan di kalangan media antarabangsa.

“Saya fikir mereka sedang cuba menyelesaikan penyusunan semula kewangan 1MDB, tetapi saya rasa kerajaan masih perlu menambah baik dari segi ketelusan keseluruhan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada program “Street Signs” oleh CNBC.

Nazir sendiri menjadi perhatian tahun lepas selepas pendedahan mengenai beliau memindahkan AS$7 juta yang diterima dari abangnya itu kepada beberapa ahli politik.

Jelasnya, beliau percaya jumlah itu adalah sumbangan dari beberapa syarikat tempatan dan individu tertentu untuk tujuan pilihan raya umum 2013.

“Saya faham mengenai keberangan itu dan berdasarkan pengalaman lalu, saya sepatutnya tidak melakukannya.

“Saya anggap dan percaya, dengan niat baik, dana tersebut datang dari penjanaan dana politik yang sah,” katanya di Instagram sebelum ini lapor portal The Malaysian Insider yang telah ditutup oleh kerajaan.

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACATun Mahathir Perdana Menteri sementara stabilkan politik dan ekonomi, kajiselidik Deklarasi Rakyat

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACABersiaplah hadapi Tsunami rakyat sempena Ulang Tahun Umno Ke-71 – ZAM

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Undi PAS tak boleh bentuk kerajaan buat apa, soal bekas pengarah urusan Harakah 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

Tolong Komen & Share