oleh Muhammad Rahimi Osman | Presiden Pertubuhan Gerakan Transformasi Nasional.

Michelle Obama, isteri kepada mantan Presiden Barrack Obama merupakan antara wanita pertama yang paling popular dan digemari, bukan sahaja di Amerika tetapi hampir di seluruh dunia.

Seperti di negara-negara lain, isteri kepada Presiden Amerika tidaklah mempunyai sebarang kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara. Namun hal ini tidak menyekat Michelle Obama untuk terus bersuara dan berjuang dalam isu-isu yang dekat di hati beliau.

Antara isu yang selalu diperjuangkan dan disuarakan adalah soal keadilan antara kaum dalam mendapat peluang pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Fokus utamanya bermula dengan memastikan bahawa anak-anak Amerika dari seawal usia mampu untuk mendapatkan pendidikan dan kesihatan yang sempurna. Baginya, jangan ada sebarang diskriminasi kaum, agama ataupun darjat dalam soal pendidikan dan kebajikan kanak-kanak.

Dalam hampir setiap ucapannya sama ada di pentas dunia atau negara, inilah yang acapkali ditekankan oleh Michelle. Dengan kesungguhan, komitmen dan kelantangan beliau, Michelle telah berjaya meraih kecintaan dan kasih sayang rakyat Amerika.

Jika diikutkan, boleh sahaja Michelle duduk diam di Rumah Putih dan sekadar menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai “Host of the White House”. Tetapi beliau tahu dengan kedudukannya sebagai isteri kepada seorang presiden, beliau mampu untuk melakukan lebih dari itu demi membawa perubahan besar kepada masa depan rakyatnya. Walaupun tidak lagi memegang gelaran Wanita Pertama, dalam beberapa ucapannya baru-baru ini Michelle kelihatan terus konsisten dalam perjuangannya.

Begitu juga di Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor tidak cuma duduk diam di Seri Perdana. Beliau cukup aktif menyumbang dalam perkara yang hampir sama diperjuangkan oleh Michelle Obama.

Seawal Datuk Seri Najib Razak masih timbalan perdana menteri, Rosmah telah mula memikir dan merancang pelaksanaan idea-idea segar untuk dicurahkan kepada rakyat demi membangun masa depan Malaysia yang lebih baik.

Program PERMATA yang diilhamkan oleh Rosmah telah membuka satu lembaran baru dalam usaha memartabatkan pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Tetapi malangnya, kerana pemikiran yang sempit dan sifat tamak populariti sesetengah ahli politik di Malaysia, PERMATA sering ditohmah dengan pelbagai tuduhan.

Ada yang berpandangan bahawa Rosmah perlu duduk diam di rumah sahaja. Tidak perlu berbuat apa-apa dan kekal ‘low profile’ seperti isteri 2-3 orang bekas pemimpin dalam negara. Jika kita hanya memandang dari sudut politik, maka sudah tentu memilih untuk duduk di rumah adalah lebih baik.

Tetapi mengapa perlu dibazirkan kelebihan sebagai isteri perdana menteri dengan cara begitu sedangkan Rosmah boleh memanfaatkan kedudukannya untuk membawa satu perubahan besar kepada masa depan negara. Dan apa yang sedang dilakukannya sekarang benar-benar akan memberikan impak yang besar pada masa akan datang.

Kita sering berbicara soal menjadi rakyat sebuah negara maju, namun ramai daripada kita yang masih berfikiran kolot dan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah merepek dan menyimpang. Kita lebih cenderung mendengar dan mempercayai gosip yang dilontarkan kepada Rosmah dan bukannya menilai dan melihat hasil usaha beliau.

Ya, tidak terlampau jika saya katakan secara adilnya kita perlu menilai Rosmah sepertimana orang Amerika menilai Michelle Obama. ‘Actions Speak Louder Than Words’, kita perlu nilai seseorang itu daripada hasil kerjanya bukan sekadar kebolehan bercakap dan menabur janji-janji manis.

Saya percaya bahawa orang yang menyayangi kanak-kanak itu hatinya tidak mungkin hitam. Kegigihan dan komitmennya terhadap kejayaan anak-anak PERMATA sehingga sanggup menahan segala penat lelah, cacian dan tohmahan membuktikan kasih dan cintanya terhadap kanak-kanak. Atas rasa kasih dan cinta seperti inilah, sebuah keluarga besar dalam Malaysia dibangunkan.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Zaman Dajjal Suci – Penidak Kebenaran di mana yang mengatakan Fitnah itulah yang sebenarnya membuat Fitnah!

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK VIDEO: Rosmah pergi London, diganggu 3 individu

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: Dr Mahathir saja boleh kalahkan Najib, kata Zaid

KLIK BACA: Dr Mahathir kata sebaliknya dakwaan Najib tidak gadai kedaulatan negara?

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

Tolong Komen & Share