Johnson Lee pengasas JJPTR mendakwa syarikat itu kerugian sebanyak RM500 juta disebabkan ‘penggodaman’. – Foto The Star

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan pengasas sindiket skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) yang beroperasi di Pulau Pinang dan percaya lelaki berusia 28 tahun itu masih berada di negara ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata sindiket menawarkan skim pelaburan didakwa berasaskan perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa.

“Kes melibatkan sindiket itu disiasat sebuah pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Polis Pulau Pinang membantu mereka termasuk mengesan pengasas sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan ke atas premis di lapan lokasi sekitar Pulau Pinang pada Jumaat lepas, 13 wanita dan dua lelaki pekerja sindiket serta empat pelabur terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 dan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan bersama Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Setakat ini, terdapat 2,000 anggota PKK di negeri berkenaan.

Chuah berkata kesemua mereka ditahan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merakam keterangan berhubung sindiket yang menjanjikan pulangan keuntungan 20 peratus sebulan daripada jumlah pelaburan.

Beliau turut meminta orang ramai terutama pelabur yang menjadi mangsa penipuan sindiket skim itu agar tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini kita menerima dua laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket itu,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tindakan pembekuan beberapa akaun milik JJPTR sedang dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001. – Bernama

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK BACA: CEO Malaysiakini didakwa kes video Apandi Ali

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: Dr Mahathir kata sebaliknya dakwaan Najib tidak gadai kedaulatan negara?

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

Tolong Komen & Share