Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menyatakan jenis sakit yang dialami oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berusia 69 tahun itu – Foto Sinar Harian

Kepimpinan PAS hari ini mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.

“Saf kepimpinan PAS ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru (Abdul Hadi) menjalani rawatan dengan jayanya, dikurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia,” kata setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis sakit yang dialami oleh pemimpin berusia 69 tahun itu dan di hospital mana rawatan akan dijalankan.

Abdul Hadi dilaporkan semakin uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oktober tahun lalu, akibat jadualnya yang ketat, beliau terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun, sebulan kemudian, iaitu pada November lalu, beliau dimasukkan pula ke sebuah hospital di Terengganu selepas mengadu keletihan.

Pada Mei 2015, Abdul Hadi dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas mengadu sesak nafas semasa lawatan beliau ke Turki.

Beliau juga dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada bulan April 2008 kerana diserang strok yang ringan.

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memberitahu media beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS itu berhubung tindakan parti Islam untuk memutuskan hubungannya dengan PKR kerana Abdul Hadi dijadual menjalani pembedahan.


KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

Tolong Komen & Share