Pelakon dan model Izara Aishah membuat permohonan maaf atas tindakannya berpakaian seksi ketika menghadiri pertunjukan fesyen. – Foto BazookaPenaka Blog

Video memaparkan aksinya berpakaian mendedahkan sebahagian buah dadanya itu adalah klip lama, dan bukan ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH di Putrajaya pada 14 Mei lalu.

Izara – atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham – berkata klip video berdurasi kira-kira tiga saat itu muncul kali pertama dalam kumpulan sembang WhatsApp pada Sabtu lalu.

Katanya, ia tersebar beberapa minggu selepas dia mengesahkan akan berumahtangga pada akhir tahun ini.

Izara, 24, berkata dia mengambil tanggungjawab atas kecuaian berkenaan walaupun mengakui berasa aib serta sedih apabila ia tersebar.

Klip video yang menjadi tular itu memaparkan Izara berjalan di suatu majlis keraian yang tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikhnya.

Disebabkan kemunculan itu berlaku sejurus selepas ABPBH sesetengah pihak menganggap dia berpakaian begitu pada majlis berkenaan.

Kelihatan berbaju putih, belahan besar pada bahagian sisi membolehkan tepi buah dadanya terdedah kepada umum.

“Saya ada tanggungjawab kepada peminat saya, dan akan menunjukkan contoh teladan lebih baik pada masa depan,” katanya lagi.

Izara adalah selebriti berdarah kacukan Melayu dan Pakistan merupakan anak kelahiran Kampung Bakar Batu di Johor Bahru itu pernah membintangi beberapa filem.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

Tolong Komen & Share