Tuan Ibrahim sempena Hari Guru mengingatkan pendidik mereka adalah pembayar cukai yang tidak 1% pun mahu diturunkan Najib bagi meredakan kenaikan harga barang. – Foto FMT

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata banyak penambahbaikan perlu dilakukan kerajaan terhadap bidang pendidikan di negara ini turut memberi pesan agar GURU tidak mengabaikan kuasa di tangan mereka,

Katanya, tindakan kerajaan memotong belanjawan sektor pendidikan awam dan tinggi untuk dua tahun berturut-turut adalah keputusan yang teramat salah dan besar impaknya kepada negara.

“Oleh itu, PAS mendesak agar peruntukan kepada universiti dan sekolah perlu dipulihkan dengan kadar segera.

“Apa gunanya setiap rakyat dihukum dengan GST, tapi duit itu tidak digunakan untuk melabur untuk bidang masa depan negara, sebaliknya dijadikan bahan menutup lubang-lubang hakisan keborosan dan ketirisan BN?”

“Wahai para guru yang dihormati, yang turut membayar GST, jangan lupa ada kuasa di tangan anda,” kata beliau dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru hari ini.

GST adalah cukai yang mula dilaksanakan di negara ini pada 1 April 2015.

Berkadar pada 6 peratus, GST dikuatkuasakan bagi menggantikan cukai jualan (10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus).

Sebahagian besar pengguna merungut kerana sejak ia dilaksanakan, harga pelbagai barang meningkat dengan ketara, sekali gus menyebabkan tekanan kepada kos sara hidup.

Tahun lalu saja, jumlah terkumpul kutipan GST di seluruh negara ialah RM41.2 bilion, lebih tinggi berbanding sasaran ditetapkan iaitu RM39 bilion.

Tuan Ibrahim di dalam perutusan itu turut berkata, kerajaan mesti memberi perhatian khusus kepada aspek kebajikan guru.

Tuan Ibrahim turut menyarankan supaya kerajaan menjadikan bidang pendidikan sebagai kerjaya idaman.

KLIK BACA: Ahli politik sekarang GURUnya adalah WANG, ucapan Tun Mahathir sempena Hari Guru

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Tolong Komen & Share