PAS tidak menjangkakan Biro Politik PKR membuat keputusan drastik dengan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan untuk kekal adalah lebih baik, meskipun parti itu tidak menghalang jika mereka mahu melepaskan jawatan masing-masing.

“Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat… itu lagi penting.

“Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

“Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online selepas mesyuarat exco negeri, di Kota Bharu, hari ini.

Menurut Mohd Amar, keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

Pada mesyuarat malam semalam, Wan Azizah berkata, PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Tolong Komen & Share