Seramai 23 lelaki, sebahagian besar mereka pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah berbogel ketika menyertai kes motivasi di padang permainan sebuah resort di Bentong. – Foto Harian Metro

Majistret Khairuddin Anhar Mahmud mengenakan denda RM1,500 setiap seorang itu selepas semua individu terbabit dibacakan tuduhan berkelakuan lucah di lokasi berkenaan pada jam 5.30 petang pada 21 Januari lalu.

Semua tertuduh yang berusia di antara 19 dan 23 tahun menjawab ‘ya’ apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan dan menjawab ‘mengaku’ apabila ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya lapor portal BHOnline.

Mereka didakwa mendatangkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozzana Chung Abdullah dengan

berkelakuan lucah di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan Selesa Hillhomes pada jam 5.30 petang 21 Januari lalu.

Tuduhan adalah mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu lima lagi peserta kem motivasi didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Lima fasilitator termasuk jurulatih kem motivasi didenda RM3,000 seorang dan dipenjara sebulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama.

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Tolong Komen & Share