Perdana menteri, anggota kabinet dan ketua-ketua institusi utama perlu mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti di peringkat atasan, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

Ketua pesuruhjaya SPRM pula perlu mengisytiharkan hartanya kepada Parlimen, kata Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar dalam satu kenyataan lapor Malaysiakini.

Akhbar Satar berkata ini perlu sebagai langkah pertama, sebelum akhirnya, semua orang-orang ini mengisytiharkan secara terbuka harta melalui talian.

“Tidak ada bahaya, kerana setiap tahun senarai teratas 10 orang terkaya di Malaysia disiarkan dalam media,” katanya.

Mereka yang berulangkali digesa mengisytihar harta ini sebaliknya berkata ia berisiko kerana boleh mendedahkan anggota keluarga kepada berisiko penculikan untuk wang tebusan.

Pada masa ini, anggota kabinet mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri, manakala ketua jabatan dan kementerian mengisytiharkan harta mereka kepada ketua setiausaha kepada kerajaan.

Akhbar berkata harta perlu diisytiharkan oleh semua anggota eksekutif, peguam negara, ketua polis negara, panglima Angkatan Tentera Malaysia dan pihak pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Perisytiharan itu perlu dilakukan sebelum dan selepas memegang jawatan, dengan analisis nilai bersih dijalankan secara berkala.

Proses itu harus merangkumi harta pasangan, tanggungan dan lain-lain anggota keluarga terdekat, serta kepentingan komersial atau institusi yang disertainya.

Akhbar berkata satu bahagian khas yang terdiri daripada pakar perakaunan forensik dan penyiasat perlu ditubuhkan untuk melakukannya di mana mereka akan menyiasat dan mendakwa mereka yang gagal mematuhinya.

Amalan ini boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai, kata Akhbar.

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Tolong Komen & Share