Pelajar sekolah keracunan makananan menerima rawatan di hospital – Foto hiasan

Seramai 35 pelajar Sekolah Kebangsaan ( SK) Taman Selasih dekat Kulim mengalami keracunan makanan selepas makan nasi putih dan ayam goreng yang dijual pengusaha kantin semasa waktu rehat, pagi semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pelajar yang terlibat berusia 7 hingga 11 tahun dan mereka mula mengalami simptom keracunan pada kira-kira11.45 pagi.

Beliau berkata, hanya lima pelajar mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kulim yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki Tahun Satu, tiga pelajar perempuan Tahun Empat dan seorang pelajar perempuan Tahun Lima.

“Tiada kes yang dimasukkan ke wad manakala gejala yang dialami adalah muntah dan cirit, ” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Dr Norhizan berkata, pemeriksaan kantin sekolah berkenaan oleh Pusat Kesihatan Daerah Kulim mendapati kantin berkenaan cuma menjual makanan yang telah siap dimasak di tempat lain iaitu oleh pengusaha kantin Kolej Vokasional Kulim yang mula beroperasi di SK Taman Selasih semalam.

Menurut rekod, pengusaha kantin lama telah tamat perkhidmatan di sekolah tersebut semalam (15 Mei).

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, premis penyediaan makanan tersebut telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, katanya. – Bernama

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

Tolong Komen & Share