KUALA LUMPUR, 18 Mei — Isu kebersihan, negara sifar gelandangan dan pendidikan percuma antara aspirasi yang sering disebut dan mendapat perhatian generasi muda pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Wilayah Persekutuan malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata aspirasi yang dibentangkan oleh belia Wilayah Persekutuan itu sememangnya diberi perhatian oleh kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

“Bagaimanapun, kita haruslah sama-sama mengubah mentaliti kita. Semua perubahan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama semua pihak terutama masyarakat, ia perlulah seiring.

“Contohnya isu sifar gelandangan, ia hampir mustahil untuk dilakukan kerana kita sendiri yang menyokong pertumbuhan mereka melalui perbuatan kita secara tidak sedar,” katanya pada sesi dialog itu.

Tengku Adnan yang menjadi anggota panel jemputan berkata dalam masa yang sama rakyat juga perlu peka dengan kemudahan yang disediakan kerajaan serta bijak mengambil peluang. — Bernama

KLIK BACA: David Teo dan Mat Over berdamai depan Najib selepas insiden pukul

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

Tolong Komen & Share