Setiap tahun pasti ada hadiah unik yang diberikan oleh anak murid kepada guru sempena sambutan Hari Guru. Walaupun ianya tidak mahal namun ia amat bermakna kepada guru.

Adik Nurwafa Qistina Khairuddin, 8, memberi hadiah bihun kering kepada guru-guru kesayangannya sempena sambutan Hari Guru semalam.

Idea hadiah itu datang daripada ibunya yang pergi ke kedai untuk membeli barang sambil terfikir hadiah apa sesuai diberikan kepada guru-guru yang mengajar anaknya itu.

Ibunya, Syahirah Hani Mohamed Ali, 31, yang juga pembantu tadbir memberitahu bahawa anak perempuannya itu tidak kisah hadiah apa yang ingin diberikan asalkan ada hadiah.

“Nasib baik dia OK, dia memang jenis tak kisah, janji ada hadiah,” katanya lagi kepada mStar.

Dia membungkus bihun kering itu dengan perencah sup menggunakan riben dan juga menulis setiap nama 12 guru yang mengajar anaknya di Sekolah Agama Al-Munir, Teluk Intan, Perak.

Selain itu, Syahirah Hani turut berharap guru yang mengajar anaknya mendoakan kejayaan Qistina.

Sebenarnya idea hadiah ini bagus kerana ianya tak membazir malah guru juga gembira kerana rasa dihargai pada hari istimewa sebegini.

Gambar murid berpakain seperti PM Najib dan First Lady Rosmah

Lucu dan bersemangat baca ucapan hari guru oeh Kartunis Zunar di laman Facebook beliau yang GARANG-nya guru itu mencegah sikap terlampau manja mendidik kita menjadi hidup bermaruah. :'(

ZUNAR – Di Sekolah Menengah Sungai Tiang, hujung 80an, Cikgu Jamil Wahid yang mengajar kimia itu sangat garang. Kami semua ketar lutut kalau dengar tapak kaki dia datang.

Punya garang, sampai kalau dia tanya pelajar A, dan A tak dapat jawab, telinga pelajar B yang dipulas.

Ini adalah antara dari puluhan cikgu dan cikgi yang pernah mengajar saya di Sekolah.

Kita mungkin marah ketika sedang belajar, tapi kerana komitmen dan disiplin yang guru-guru tunjukkan, kita berjaya jadi insan yang bermaruah pada hari ini. Selamat hari ini guru kepada semua guru-guru di mana juga juga berada. Jasa mu dikenang!.

Admin Majalah Review Malaysia: Nakal di sekolah punya pasal dulu biasa kena tumbuk atau cekak kat lengan dengan cikgu Rahman sebab dia nak tengok tikus berjalan. [muscle bergerak]…

Bila dah besar jumpa cikgu Rahman kita merungut dia soal balik. Kau sekarang dah jadi manusia tak? 😛

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Cikgu tersentuh anak murid bagi hadiah hari guru duit 70 sen

KLIK BACA: Ahli politik sekarang GURUnya adalah WANG, ucapan Tun Mahathir sempena Hari Guru

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

Tolong Komen & Share