Ali Tinju membuat laporan polis dan mengambil kesempatan mendakwa pembangkang mungkin di belakang David Teo bagi membuat kacau pada sesi dialog bersama PM Najib Razak – Transformasi Negara (TN50) yang diadakan di Seri Perdana.

“Saya lihat isu malam tadi, saya nak pertikaikan kehadiran David Teo seolah-olah pemimpin tak bertanggungjawab, DAP yang cuba bayar David Teo buat kacau dalam program yang amat baik.

“Kalau orang berakal tak buat cara malam tadi tapi dia nak jadi hero, kalau dia profesional dia angkat tangan (untuk tanya soalan).

“Saya minta supaya polis segera siasat David Teo yang mungkin upahan pembangkang mungkin upahan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, mungkin Tun (Dr) Mahathir (Mohamad),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini lapor portal Malaysiakini.

Ali tinju turut mendakwa bahawa Teo adalah tali barut DAP dan beliau bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

“Jika David tidak berpuas hati dengan kenyataan Ali Tinju, saya minta dia bawa ke mahkamah untuk kita teruskan pengadilan di mahkamah dan saya sedia untuk dibawa ke mahkamah,” katanya.

Semalam insiden memalukan berlaku apabila, pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau nama popularnya, Mat Over menampar Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman yang tidak kesal dengan tindakannya melempang Teo berkata ia adalah cara untuk mengajar pengarah itu ‘cara beradab’.

Dia turut mendakwa bahawa sikap Teo itu tidak menghormati perdana menteri dan pelakon Datuk Rosyam Nor selaku moderator di sesi dialog Transformasi Negara (TN50).

Ali Tinju turut menggesa pihak berkuasa untuk mengharamkan filem arahan dan terbitan Teo daripada disiarkan di televisyen sebagai memberi pengajaran kepadannya.

Malah kata Ali, beliau akan bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menghantar memorandum supaya gelaran ‘mejar kerhormat’ yang disandang oleh Teo ditarik serta merta.

KLIK BACA: David Teo dan Mat Over berdamai depan Najib selepas insiden pukul

KLIK BACA: Ahli politik sekarang GURUnya adalah WANG, ucapan Tun Mahathir sempena Hari Guru

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

Tolong Komen & Share