SENIMAN mengingatkan pihak luar berhenti “menyibuk” mengenai isu pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over menampar penerbit filem, Datuk David Teo pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Kita dah selesai masalah itu sebab kita tak jangka benda ini. Kita dapat menyelesaikan isu ini secara profesional dan cepat, pihak luar jangan panaskan lagi isu ini.

“Bagi saya, benda ini tidak perlu diperbesarkan lagi sebab Seniman dah bertindak lebih pantas, David dan Mat Over telah bersalam depan perdana menteri,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi kepada FMT hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menafikan Mat Over dan Teo dipaksa bersalaman di depan perdana menteri, sebaliknya mereka berdua melakukannya berdasarkan hati terbuka dan berlapang dada.

“Benda itu (bersalaman) bukan terpaksa, saya sendiri berjumpa David dan saya sendiri pergi tenangkan Mat Over dan dua-dua pihak boleh terima dan ikhlas memaafkan satu sama lain,” katanya.

Bahang mula terasa apabila Teo mempersoalkan tindakan Rosyam tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.

Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo. Pergelutan yang berlaku kemudiannya dileraikan pasukan keselamatan.

Najib kemudian dilihat menenangkan keadaan dengan berkata “Relaks, relaks”.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, Seniman memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

KLIK BACA: Najib salah tak kutuk serangan ke atas David Teo – MP PKR

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: David Teo dan Mat Over berdamai depan Najib selepas insiden pukul

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

Tolong Komen & Share