Afdlin Shauki menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

Afdlin turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

“Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.

“Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri,” tulisnya di Instagramnya lapor portal FMT.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuan disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

“Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan,” katanya.

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Rafizi cabar Khairy adakan dialog TN50 dengan pembangkang bukan cuma jemputan terpilih

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share