David Teo yang ditampar Sulaiman Yassin atau Mat Over semalam mempersoalkan logik tuntutan NGO agar memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam tempoh 3 hari. – Foto

Ketua pegawai eksekutif syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), Datuk [Mejar] David Teo berkata: “Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?”, katanya kepada portal FMT.

Teo yang menerbitkan lebih 100 filem tempatan dipetik Harian Metro sebagai berkata, beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana sudah memaafkannya.

Teo berkata, Najib sudah menerima permohonan maafnya dan kes itu selesai malam tadi di tempat kejadian.

“Jadi, tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi, melainkan perdana menteri mahu saya berbuat demikian. Tetapi, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku.”

Dalam pada itu, Teo menafikan dakwaan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kononnya beliau mungkin ialah tali barut DAP dan dibayar parti pembangkang untuk mengganggu Dialog TN50 semalam.

Katanya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali Tinju, selepas berunding dengan peguam.

“Saya sudah menjadi seorang ahli perniagaan lebih 17 tahun. Wang saya datang daripada filem yang menjadi box office dan jualan tiket.

“Dan saya tidak mempunyai latar belakang politik atau hubungan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” katanya.

Teo juga meminta mereka yang mendakwanya kurang ajar terhadap Najib supaya menonton rakaman video insiden itu dengan teliti sebelum menuduhnya.

Ini kerana, tegasnya, beliau sedang bercakap dnegan Rosyam apabila Mat Over tiba-tiba muncul dan menamparnya.

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share