Syarikat Shell mengakui berlaku masalah teknikal dan berjanji memulangkan wang kepada pelanggan yang mengisi petrol RON95 pada harga RM4.09 sejak awal pagi tadi. – Foto HasrulHassan

Berita mengenai harga salah di stesen minyak Shell Bagan Ajam di Butterworth; Shell Nusajaya, Johor Bahru; serta Shell Salak South di Kuala Lumpur, menjadi tular di media sosial lapor portal FMT.

Pengguna Facebook, Martina Abu Hanifa terkejut selepas mendapati tangki minyaknya hanya diisi 3.67 liter minyak, selepas membayar RM15 di kaunter pembayaran.

“Saya bayar RM15 di kaunter. Selepas pam minyak, mesin menunjukkan RM15, tetapi hanya mendapat 3.67 liter minyak.

“Saya pergi ke kaunter, saya nampak seorang lelaki bising kata dia bayar RM20 tetapi isi minyak tak sampai 5 liter. Seorang lagi lelaki kata dia dicaj RM130 untuk 20 liter minyak!

“Apabila saya tanya lelaki Bangladesh di kaunter, dia kata ‘kerajaan sudah naikkan harga’. Saya kata ini tak mungkin,” tulisnya di Facebook yang dikongsi hampir 12,000 pengguna.

Harga petrol RON95 naik 7 sen kepada RM2.08 seliter mulai tengah malam tadi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Aki Amin berkata, situasi itu mungkin disebabkan kesilapan manusia kerana seseorang mungkin memasukkan “RM2.08”, bukannya “7 sen”.

“Ia adalah matematik mudah: Bos suruh anda naikkan harga minyak selepas 12 tengah malam. Sebaliknya, anda tambah RM2.08 kepada RM2.01 (2.08+2.01 = 4.09). Ini mungkin apa yang berlaku,” katanya.

Seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Pulau Pinang berkata, pihaknya menyiasat 48 stesen minyak di negeri itu selepas menerima aduan orang ramai.

“Hanya beberapa stesen minyak yang terjejas disebabkan masalah teknikal.

“Masalah diselesaikan dalam 2 jam dan mereka yang dikenakan caj lebih mendapat bayaran balik dengan segera.”

Sementara itu, Shell memberitahu FMT yang kesilapan harga RM4.09 berlarutan selama sejam setengah awal pagi tadi.

Shell menerusi e-mel memaklumkan 160 transaksi terjejas.

“Kami dapati ada masalah dengan harga kemas kini kami malam tadi dan ia diperbetulkan segera.

“Malangnya, 160 transaksi antara jam 12.01 tengah malam sehingga 1.30 pagi terjejas.

“Jika anda mengisi minyak di mana-mana stesen kami sepanjang tempoh itu, sila semak resit anda dan pergi ke stesen terbabit untuk mendapatkan pembayaran balik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, mereka yang terjejas boleh menghubungi Shell di talian 1-300-88-1808.

KLIK BACA: Najib salah tak kutuk serangan ke atas David Teo – MP PKR

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: David Teo timbang saman Ali Tinju tuduh diupah pembangkang ganggu majlis

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

Tolong Komen & Share