Tun Dr Mahathir berkata, ada orang Melayu yang tidak sedikit pun berasa malu jika diketuai oleh pemimpin yang diketahui dan didakwa melakukan pelbagai jenayah. – Foto The Rakyat Post

Dr Mahathir yang tanpa menamakan mana-mana individu sama seperti nukilannya sebelum ini ‘Melayu Mudah Lupa’ mengupas sikap orang melayu hari ini di dalam tulisannya di blog beliau chedet.cc. [17 Mei 2017] dengan tajuk asal ‘MALU’.

oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Malu adalah perasaan manusia bertamadun apabila melakukan sesuatu yang tidak harus dilakukan mengikut budaya hidup masyarakat berkenaan.

2. Demikian orang Jepun sanggup membunuh diri kerana malu apabila gagal menjalan tugasnya atau tidak sebaik yang diharapkan atau melakukan sesuatu yang tidak baik dalam pandangan masyarakatnya.

3. Dalam masyarakat Melayu perasaan malu berbeza dengan orang Jepun. Mereka berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang. Jika gagal menjalan tugas yang diberi atau diamanah, perasaan malu tidak mengganggu fikiran mereka. Jika mereka mengambil atau melesapkan duit yang diamanahkan kepada mereka juga mereka tidak berasa malu.

Jika terjadi padanya sesuatu yang diketawa masyarakat atau dianggap tidak mengikut budaya mesyarakat Melayu perasaan malu tidak melandanya dengan kuat. Sedikit sangat perasaan malu di kalangan orang Melayu.

4. Hari ini perasaan malu dikalangan orang Melayu sudah terhakis lagi. Walaupun sudah ada pendapatan yang mencukupi, tetapi jika terdapat peluang untuk melesapkan wang yang diamanah kepadanya perasaan malu tidak menghalang perbuatan yang salah ini. Kebanyakan bersedia menerima apa yang diberi percuma tanpa segan-segan. Punca pemberian ini tidak disoal.

5. Satu dari perlakuan yang tidak baik dan sepatutnya memalukan, ialah amalan membodek. Adakalanya pembodek sanggup memterbalikan perbuatan kerana ingin dipuji oleh tuannya. Tidak ada perasaan malu barang sedikit pun apabila dikesan dan diperkatakan tentang perbuatan yang tidak baik olehnya. Menyalahguna hak membuat keputusan kerana ingin membodek tuannya tidak memalukan orang tertentu ini.

6. Ada yang apabila dituduh mencuri, orang yang tidak tahu malu akan hanya senyum.

7. Sepatutnya perasaan malu akan menyerang masyarakat jika ada dikalangannya seseorang atau kumpulan terlibat dengan perbuatan jenayah. Tetapi hari ini ada orang Melayu tidak sedikit pun berasa malu jika dipimpin oleh pemimpin yang diketahui telah mencuri dan melakukan pelbagai jenayah.

8. Jauh dari menjauhkan diri dari pemimpin seperti ini, ramai juga yang sanggup berkongsi hasil pencurian ini. Ada yang menolong menutup jenayah ini dan mendakwa pemimpin tidak tahu dan telah ditipu. Apabila pengawai yang ditugas menguatkuasa undang-undang atau aturan peraturan, disoal, tanpa segan-segan tanpa malu, mereka menyalahtafsir undang-undang.

9. Masyarakat yang memiliki ramai yang tidak tahu malu tetap akan rosak dan mundur. Anggotanya dan bangsanya akan dipandang hina. Inilah yang sudah terjadi pada bangsa Melayu sekarang.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya

“The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’”

Firman Allah: Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: “Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?” – (Taha 20:134)

Pilihan dua jalan yang ditunjukkan kepada manusia melalui firman Allah Swt: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. –  (Al-Balad: 10)

Anas ibnu Malik yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda: Keduanya adalah dua jalan, lalu apakah yang menyebabkan jalan keburukan lebih disukai olehmu daripada jalan kebaikan?

Bila dua pihak orang beriman bermusuhan aku damaikan tetapi yang bersalah hendaklah dibawa ke muka pengadilan bukan mengelak malah mengeliru dan melaga-lagakan rakyat bawahan.

Moga kamu faham bukan hak kamu memaafkan dalam hal ini keadilan perlu ditegakkan sementelah ramai menjadi mangsa hanya kerana seorang, justeru juga diingatkan jangan turut berpakat menyembunyikan kebenaran atas imej bangsa dan agama! [*Percayalah penghakiman akhirat dan kesudahan siksaan pedih menanti orang yang membelakangkan.]

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

Tolong Komen & Share