Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘singa tua tak ada gigi’ – Foto ihsan FMT

Menurut anggapan Idris Ahmad, PAS konsisten menjadi pembangkang sejak lama dahulu dalam menentang Umno-BN berbanding keghairahan tokoh itu yang baru sahaja menjadi pemimpin pembangkang kerap mengkritik PAS.

“Tiba-tiba Dr Mahathir nak ajar kita jadi pembangkang. Dia baru sehari dua jadi pembangkang.

“Saya kadang-kadang saya malas nak serang Dr Mahathir kerana dia tak ada kuasa dah. Tak guna kita lawan kalau tak ada kuasa.

“Dr Mahathir ibarat singa tua tak ada gigi. Kita nak marah dia pun tak guna,” katanya di dalam video yang disiarkan oleh portal KiniTV.

Beliau dilapor berkata demikian dalam cermah isu semasa di Tumpat, Kelantan pada 18 Mei lalu.

Nota Ana Ghoib: PAS jangan lihat siapa yang kata tetapi apa yang dikatakan samada benar atau salah ambil manfaat darinya.

Biar jadi singa tua tak ada gigi dari jadi kucing belaan yang menjadi permainan tuan kaya dan mengharap ihsan makanan dan perlindungan apatah lagi jika berkurap yang memerlukan rawatan.

Kita ini hidup perlu berteman kerjasama contohnya jika habuk masuk mata pun perlu kawan menolong hembuskannya keluar. Jadi tak perlulah angkuh konon ada geng baru atau mahu hidup sendiri di puncak gunung

Pilihan dua jalan yang ditunjukkan kepada manusia melalui firman Allah Swt: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. –  (Al-Balad: 10)

Anas ibnu Malik yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda: Keduanya adalah dua jalan, lalu apakah yang menyebabkan jalan keburukan lebih disukai olehmu daripada jalan kebaikan?

Bila dua pihak orang beriman bermusuhan aku damaikan tetapi yang bersalah hendaklah dibawa ke muka pengadilan bukan mengelak malah mengeliru dan melaga-lagakan rakyat bawahan.

Moga kamu faham bukan hak kamu memaafkan dalam hal ini keadilan perlu ditegakkan sementelah ramai menjadi mangsa hanya kerana seorang, justeru juga diingatkan jangan turut berpakat menyembunyikan kebenaran atas imej agama! [*Percayalah penghakiman akhirat dan kesudahan siksaan pedih menanti orang yang membelakangkan.]

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya

“The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’” [Ubadah as-Samit r.a]

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

Tolong Komen & Share