KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di Sidang Kemuncak Arab-Islam-AS di Riyadh yang menyaksikan Presiden Donald Trump mengutuk Iran di hadapan ketua kerajaan negara Islam lain, turut menegur Tehran dengan berkata ia perlu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh mengancam kestabilan rantau Timur Tengah.

Perdana menteri dipetik Bernama sebagai berkata, beliau sedar wujud kepercayaan meluas bahawa Iran menyumbang kepada ketidakstabilan rantau itu.

Menurut Najib, Iran harus mengelakkan sebarang tindakan yang boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan jirannya.

“Ini bukan sahaja untuk kestabilan rantau itu tetapi juga untuk perpaduan ummah,” katanya.

Sidang disertai kira-kira 50 negara Islam itu bertujuan menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump dalam memerangi keganasan.

Ia di sebalik serangan agresif Arab Saudi di Yaman, yang kini dilihat berlumba-lumba dalam mendapatkan pengaruh bagi melawan kemaraan kuasa Iran.

Dalam ucapannya, Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud mengalu-alukan Trump sambil menyifatkan Iran musuh bersama dan sumber keganasan yang perlu dihalang bersama.

Trump turut melancarkan serangannya ke atas Iran dengan berkata ia mengapi-apikan konflik mazhab dan keganasan di rantau itu.

Lawatan Trump ke Arab Saudi turut menyaksikan perjanjian AS$110 bilion membolehkan AS menjual senjata kepada Riyadh bagi tujuan melawan Tehran.

Sementara itu, Reuters memetik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai berkata kerajaannya berharap mengeratkan hubungan dengan Arab Saudi dan negara Teluk lain, supaya menghasilkan perjanjian damai dengan Palestin di samping melawan Iran. – FMT

KLIK BACA: Tun Mahathir pelik dengan SPRM, ahli politik boleh curi duit sebelum PRU?

KLIK BACA: Tun Mahathir harapan rakyat subsidi dikembalikan

KLIK BACA: Sebetulnya maksud Transformasi Nasional 2050 tanya Najib 50 bilion? – Ezam Mohd Nor

KLIK BACA: Cukai GST akibat banyaknya penyelewengan, Faiz Fadzil AMANAH

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

Tolong Komen & Share