Penari yang dianggap seksi di majlis pelancaran Raya Eleganza di Aman Central.   – Foto Wartawan-Jalanan

ALOR SETAR 24, Mei 2017 – Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu dikecam netizen yang menyifatkan gerak tarian dan pakaian tidak bersesuaian dengan norma masyarakat Melayu.

Beberapa pemilik Facebook berkongsi gambar yang disifatkan mencolok mata, menyatakan tidak puas hati dengan pemakaian penari dan jenis tarian disajikan, memandangkan ia tidak bertepatan dengan tema Ramadan mahupun Aidilfitri.

Beberapa penari wanita dikatakan memakai pakaian mendedahkan bahagian pusat termasuk pakaian ala coli, yang tidak sesuai dipertonton secara terbuka.

Insiden itu menyebabkan Ahmad Bashah turut menjadi mangsa kecaman netizen kerana membenarkan persembahan seksi diadakan secara terbuka di khalayak ramai lapor Sinar Harian. 

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Wendy Wong berkata, acara yang bermula sekitar 6.30 petang itu dianjurkan sepenuhnya oleh pengurusan Aman Central dan menjemput Ahmad Bashah sebagai tetamu kehormat.

“Sewaktu pelancaran, kami menyediakan beberapa persembahan seiring dengan konsep dekorasi kami termasuklah persembahan ‘Sayap Emas & Gelombang Sahara’, serta persembahan api eksotik bagi mewujudkan suasana sebenar resort mewah Mediterranean,” katanya.

Menurutnya, penari berkenaan dibawakan khas daripada kumpulan sarkas Rusia, di mana mereka mengenakan stokin berwarna coklat muda seakan warna kulit bagi menutup bahagian badan yang terdedah.

“Saya difahamkan, fabrik itu terlalu cerah dan nipis menampakkan bayangan seolah mereka tidak mengenakan pakaian. Kami kesal kerana ada pihak mengambil kesempatan memviralkan perkara ini,” katanya.

Wendy berkata, pengurusan Aman Central memohon maaf terutama terhadap Ahmad Bashah atas insiden terbabit.

KLIK BACAProton akhirnya dijual kita beli kereta asing selepas ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACANajib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

Tolong Komen & Share