Tinggal kenangan lagu “Proton Saga Kejayaan Malaysia” berkumandang di televisyen dan radio bagi meraikan kereta nasional pertama oleh Malaysia yang dilancarkan pada 1985.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir yang mengilhamkan penubuhan syarikat kereta nasional Proton tentunya tidak gembira malah pastinya bersedih dengan pengambilalihan 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat ikon Malaysia itu oleh Geely Automobile Holdings Ltd dari China.

Dr Mahathir berkata Proton tidak lagi menjadi kereta nasional dengan penjualan kepentingan itu.

“Ia dah jadi kereta asing, dan kita kehilangan satu ikon negara,” katanya dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam tadi lapor KiniTV.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata walaupun ramai mengkritik Proton yang dikatakan mengeluarkan kereta kurang bermutu tinggi, tetapi menurutnya, tidak ada negara membangun yang mampu membangun kereta sendiri.

“Dalam jangka masa 30 tahun sahaja, rakyat yang tahu bawa kereta sahaja, sudah belajar bikin kereta sendiri.

“Mereka belajar dalam jangka pendek. Negara lain ambil masa 50 (hingga) 100 tahun untuk keluarkan kereta macam Proton,” tegasnya.

Mengakui masalah yang sering dikaitkan dengan Proton berhubung dengan “power window”, Dr Mahathir bagaimanapun berkata ini adalah “cerita lama” dan tingkap itu kini berfungsi dengan baik.

“Memang ada kelemahan tetapi sudah diatasi dan tidak perlu ke China untuk dapatkan teknologi untuk bikin kereta seprti Proton.

“Sekarang (ia) mampu keluar tiga model dalam satu tahun. Tetapi yang sedihnya kereta nasional tidak lagi kereta nasional kita.

“Apabila (kita) beli di masa hadapan, (kita) beli kereta asing, kerana telah dijual,” keluh Dr Mahathir.

Menulis di blognya hari ini Tun Mahathir membandingkan kejayaan Proton, yang kini dimiliki separuh [49%] oleh Kumpulan Geely Holding dari China, umpama kejayaan Singapura kini, yang satu masa dulu sebahagian daripada Malaysia.

Menurutnya, walaupun Singapura maju, rakyat Malaysia tidak boleh berbangga dengan negara itu kerana ia bukan kejayaan Malaysia.

“Kini dengan wang dan teknologi lebih hebat, ia (Proton) akan bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.

“Tetapi saya tidak boleh berbangga dengan kejayaannya. Saya tidak boleh berbangga mengenai sesuatu yang bukan milik saya atau negara saya. Mungkin rakyat Malaysia yang lain, tapi bukan saya,” katanya sehari selepas pengumuman Geely membeli 49.9% saham Proton Holdings daripada DRB-Hicom.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 mengeluarkan model pertama Proton Saga pada 1985, dan dijual laris di sebalik galakan kerajaan dan promosi agresif sebagai “kejayaan Malaysia”.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

Dr Mahathir, 92, berkata di “hari-hari akhirnya” sekarang, beliau sedih melihat Malaysia dijual sedikit demi sedikit kepada pihak asing bagi membebaskan negara daripada hutang.

Menurutnya, mungkin benar orang asing akan lebih cekap menguruskan ekonomi Malaysia.

“Saya pasti ia juga akan maju. Malah boleh jadi negara maju, menjangkau Wawasan 2020. Ia akan menjadi negara hebat dengan lebuh raya besar, kereta api laju (HSR), bangunan pencakar langit, bandar baharu yang berkilauan dengan taman indah.

“Tetapi saya tidak boleh berbangga!” tulisnya.

Menurutnya, beliau kini tidak mampu berbuat apa memandangkan perjanjian Proton dengan Geely sudah pun dimeterai.

“Proton, buah fikiran saya, sudah dijual. Ia permulaan kepada penjualan lebih besar. Lama-lama, kita akan kehilangan negara kita, negara yang sememangnya hebat, yang dimiliki orang lain.

“Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. Anak saya hilang. Tak lama lagi, negara saya. Maafkan saya,” kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.  – MRM

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACANajib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

Tolong Komen & Share