Anak kapal MH128 berjaya mengawal suspek daripada bertindak lebih agresif.

Suspek didakwa cuba menceroboh kokpit

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi mengesahkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH128 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan penumpang mabuk.

MELBOURNE:  Warga Sri Lanka akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata, lelaki itu akan dituduh cuba menceroboh kokpit dengan mendakwa mempunyai bom sebaik pesawat berlepas dari Melbourne menuju Kuala Lumpur, lewat malam tadi, 31 Mei 2017.

“Lelaki berusia 35 tahun itu tinggal di pedalaman Dandenong bakal menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Jenayah Penerbangan tetapi kita tidak menganggapnya sebagai insiden keganasan.

“Siasatan polis mendapati lelaki itu baru keluar daripada pusat psikiatri di Melbourne, semalam.

“Dia memasuki pusat itu secara sukarela dan tiada apa yang dapat menghalangnya daripada meninggalkan pusat psikiatri itu,” katanya yang dipetik portal 9news.

Malaysia Airlines mengesahkan insiden berkenaan selepas pesawat MH128 yang berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan terpaksa berpatah balik dan mendarat pada 11.47 malam.

Pesawat itu membawa 337 penumpang termasuk anak kapal dan kejadian itu dilaporkan serius. – AFP

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Sultan Selangor MURKA, Sivarasa ceramah politik di Masjid Subang

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Guan Eng saja dilarang ke majlis buka puasa? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

Tolong Komen & Share