Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menggesa syarikat penerbangan menggajikan lebih ramai pramugara demi keselamatan penumpang susulan kejadian membabitkan MH128, malam tadi.

Penerbangan Malaysia Airlines dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang yang mendakwa membawa bahan letupan cuba memasuki kokpit.

Penumpang tersebut yang mengalami masalah mental dibebaskan daripada jagaan psikiatri beberapa jam sebelum menaiki penerbangan ditahan para penumpang dan anak kapal sebelum diserahkan kepada polis ketika mendarat.

“Nufam berharap semua syarikat penerbangan akan mengambil lebih ramai pramugara atas sebab-sebab keselamatan. Adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk memiliki lebih ramai pramugara, terutama penerbangan jauh sebagai langkah pencegahan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pramugara mempunyai keupayaan fizikal yang lebih baik untuk mengawal jika ada para penumpang yang menimbulkan gangguan.

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Rakyat perlu ajar Najib bahasa paling difahami iaitu ‘bahasa undi’ – Salahuddin Ayub

Tolong Komen & Share