Kejadian selipar terbang di sebuah pasar Ramadan di utara negara kelmarin mencetuskan suatu video parodi yang melucukan.

Seorang pemuda hari ini memuat naik klip video yang diubah suai daripada insiden seorang wanita melempar kasutnya – dan menunjukkan jari tengah – ke arah sebuah kereta di Kuah, Langkawi.

Menggunakan nama akaun AKWA, dia menghasilkan sketsa ringkas berkaitan selipar terbang dan setakat awal petang ini ia ditonton lebih 600,000 kali.

“Berhati-hati dengan selipar terbang di bulan Ramadan,” kata pemilik akaun itu bagi mengiringi klip videonya.

Kejadian sebenar berlaku pada kelmarin apabila dua kereta berebut petak parkir sama di kawasan pasar Ramadan.

Insiden itu dimuat naik di Facebook dan segera menjadi perhatian ramai. Selepas klip video menjadi tular di media sosial, suami wanita itu tampil memohon maaf.

Kata Muhammad Jefry Sudin, dia berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan sedia ada.

“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.

“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Klip video memaparkan seorang wanita melempar kasut ke arah sebuah kereta dipercayai akibat perebutan kawasan parkir di Kuah, Langkawi, menjadi tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun Muhammad Jefry, 33, meminta orang ramai tidak menyalahkan mereka 100 peratus, sebaliknya perlu mengambil kira “punca sebenar” kejadian itu berlaku.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

“(Kemudian) ada satu ruang kosong. Ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya.

Mengulas lanjut Muhammad Jefry berkata, pemandu kereta terbabit mendakwa ruang kosong itu adalah miliknya.

Pemandu terbabit juga, dakwa Muhammad Jefry, melemparkan kata-kata kesat yang menimbulkan rasa marah isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, sehingga tercetus perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut.

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Rakyat perlu ajar Najib bahasa paling difahami iaitu ‘bahasa undi’ – Salahuddin Ayub

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

Tolong Komen & Share